SME Bank

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa adalah program pembiayaan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera di Kawasan pedalaman untuk mengembangkan dan membangunkan perniagaan mereka kepada peringkat yang lebih maju.

Tujuan
  • Aset Tetap
  • Modal Kerja
Kelayakan
  • Perniagaan beroperasi dan terletak di dalam kawasan luar bandar seperti yang ditetapkan oleh KKLB.
  • Perniagaan mestilah 100% milik Bumiputera.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak).
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.
  • Memiliki premis perniagaan yang berasingan daripada premis kediaman.
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah(CMTF-i)
  • Aliran Tunai-i
  • Kredit Pusingan-i
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Jaminan Bank Kafalah
Margin Pembiayaan
  • Aset Tetap: Sehingga 90%
  • Modal Kerja: Sehingga 100%
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM250,000 untuk setiap permohonan. (Nota: Jumlah maksimum pelanggan adalah RM500,000)
Tempoh Pembiayaan
  • Dari 3 tahun sehingga 7 tahun (termasuk tempoh pernafasan sehingga 6 bulan).
Kadar Keuntungan
  • 5% setahun
Cagaran
  • Aset tetap yang dibiayai.
  • Tiada cagaran untuk pembiayaan modal kerja.
  • Jaminan bersesama dan berasingan oleh Ahli Lembaga Pengarah. dan Pemegang Saham, atau Jaminan Korporat.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau  operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj

Sila klik di sini untuk Fi dan Caj

Lembaran Pendedahan Produk

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW