SME Bank

Skim Pembiayaan Lestari Bumi adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk membantu usahawan Bumiputera dalam kategori mikro dan kecil untuk meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi samada dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran serta daya saing dan sebagai bantuan untuk memulakan semula perniagaan semasa pelbagai fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tujuan
  • Pemilikan Aset
  • Modal Kerja
Kelayakan
  • Perusahaan bertaraf mikro dan kecil seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan dipegang oleh Bumiputera.
  • Perniagaan patuh Syariah.
  • Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 2 tahun.
Konsep Syariah
  • Komoditi Murabahah Tawaruq
  •  Ijarah Thummal Bai' 
Fasiliti Pembiayaan
  • Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB)
  • Aliran Tunai-i
Had Pembiayaan
  • Daripada RM100,000 sehingga RM750,000.
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun
Kadar Keuntungan
  • 5.0 % setahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80% untuk peralatan
  • Sehingga 100% untuk modal kerja
Cagaran
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
  • Jaminan lain yang diterima oleh pihak Bank. 
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau  operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj

Sila klik sini untuk Fi & Caj

Maklumat Lembaran Produk

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami at 03-2603 7700