SME Bank

Kerajaan telah mengumumkan penubuhan dana Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) bernilai RM1 bilion di bawah BNM. HTF-NIA adalah sebahagian daripada usaha untuk memberikan bantuan tambahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19. Kemudahan ini bertujuan untuk membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi yang terjejas untuk pulih dan menggiatkan semula kapasiti inovasi negara. Langkah ini penting bagi memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, memelihara ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

Tujuan
  • Perbelanjaan modal dan/atau
  • Modal Kerja
Kelayakan

PKS Malaysia yang berdaya maju dalam subsektor yang berikut:

  • Dalam subsektor perkilangan dan perkhidmatan yang mempunyai skor yang tinggi dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA):
    • Keluaran Elektrik and Elektronik (E&E);
    • Bahan kimia (termasuk farmaseutikal dan petroleum bertapis);
    • Peralatan Optikal & Saintifik dan Peralatan Perubatan;
    • Jentera dan Peralatan (termasuk Robotik, Dron, dan Industri Teknologi 4.0);
    • Kelengkapan pengangkutan meliputi aeroangkasa; pengilang kenderaan dan komponen yang terlibat dalam rantaian penawaran global atau peralihan ke arah mobiliti masa depan dan teknologi hijau;
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); dan
    • Khidmat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

ATAU

PKS yang terlibat dalam program inovasi yang sedang dijalankan oleh Kerajaan dalam pelbagai teknologi penting, daripada tahap menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), penciptaan bersama teknologi sehingga pelesenan teknologi untuk tujuan pembangunan. Hal ini juga termasuk permulaan teknologi peringkat akhir (late stage tech-start-ups) di bawah program Kerajaan yang membangunkan teknologi penting dan bersedia untuk beralih kepada pembiayaan berasaskan bank.

Sebagai permulaan, berikut adalah senarai program yang dikenal pasti:

  • Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global MDEC (MDEC’s Global Acceleration and Innovation Network, GAIN)
  • Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional MOSTI (MOSTI’s National Tehnology and Innovation Sandbox, NTIS) serta Dana Penyelidikan dan Pembangunan; 
  • Rakan Teknologi MARii yang terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian berkaitan teknologi IR4.0

Semua program yang layak akan dikemas kini secara berkala di: www.bnm.gov.my/covid19

Nota:
Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF), Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) dan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility, TRRF) layak memohon HTF-NIA untuk tujuan pembiayaan perbelanjaan modal sahaja.

Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
  • Pembiayaan Modal Kerja Berputar-i Komoditi Murabahah (CMRF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB) 
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM1 juta bagi setiap PKS untuk modal kerja; atau; 
  • Sehingga RM5 juta bagi setiap PKS untuk perbelanjaan modal atau kombinasi modal kerja dan perbelanjaan modal
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • Sehingga 3.50% setahun, untuk pembiayaan tanpa jaminan; atau
  • Sehingga 5.00% setahun, termasuk sebarang fi jaminan
Cagaran
  • Tiada cagaran dikenakan.
Muat Turun

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03 2603 7700