i-SURF ialah pembiayaan modal kerja tambahan secara automatik untuk pelanggan SME Bank yang mencagarkan hartanah atau Sijil Pelaburan Am Mudharabah / Simpanan Tetap kepada Bank dan mempunyai rekod bayaran balik yang baik.
Kelebihan
- Pra kelulusan diberikan kepada pelanggan terpilih (tertakluk kepada amaun pembiayaan dan pihak berkuasa melulus)
- Amaun pembiayaan sehingga RM3.0 juta
- Kadar keuntungan yang berdaya saing
- Tanpa yuran pemprosesan
- Tanpa cagaran tambahan
Tujuan Pembiayaan
- Untuk membiayai modal kerja (termasuk yuran guaman, yuran setem dan kos pendaftaran dokumen)
Produk
- Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i)
Kelayakan
- Pelanggan sedia ada SME Bank
- Telah menjelaskan sekurang-kurangnya 30% pembiayaan berjadual sedia ada.
- Rekod bayaran balik syarikat/firma untuk tempoh 12 bulan terakhir tidak melebihi satu (1) bulan tunggakan
- Masih kekal di bawah status Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
- Mempunyai cagaran sedia ada dalam bentuk hartanah dan/atau Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Sijil Simpanan Tetap
- Tiada rekod penjadualan / penstrukturan semula sepanjang tempoh pembiayaan
- Syarikat / firma adalah dalam keadaan mampu bayar
Kemudahan
- Commodity Murabahah Tem Financing-i (CMTF-i) untuk keperluan modal kerja.
Had Pembiayaan
- Jumlah kelulusan asal TOLAK baki pembiayaan sedia ada dan amaun yang belum dibuat pengeluaran; atau maksimum RM3.0 juta, yang mana lebih rendah
Muat Turun Supplementary Renewed Facility (i-SURF)
Brosur Supplementary Renewed Facility (i-SURF)
|
 |
Lembaran Maklumat Produk
|