ITB adalah kemudahan pembiayaan di mana Bank (pemberi penyewaan) menyewakan aset yang dikenal pasti kepada
pelanggan (penerima penyewaan). Pelanggan akan menggunakan aset untuk menjalankan perniagaan mereka dan
menjana jualan. Pada akhir tempoh penyewaan, pelanggan akan membeli aset daripada Bank .
Konsep Shariah
- Konsep Syariah yang digunakan adalah Ijarah,Wakalah, Bai’ & Wa’d.
- ITB adalah kontrak sewaan (Ijarah) diikuti dengan kontrak jualan (Bai'). Di bawah kontrak sewaan, pelanggan menyewa aset dari Bank dengan bayaran sewa yang dipersetujui dalam tempoh tertentu. Apabila tamat tempoh pajakan, pelanggan memasuki kontrak jualan untuk membeli aset tersebut dari Bank pada harga yang dipersetujui.
- Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan akan membeli aset dari Bank. Sekiranya berlaku sebarang kemungkiran atau sewa dibatalkan sebelum kematangan, pelanggan akan membeli aset tersebut berdasarkan akujanji (Wa’d) yang telah dibuat.
- Di bawah Wakalah, Bank melantik Pelanggan sebagai ejen untuk melakukan semua tindakan berkenaan dengan pembelian asset dari peniaga bagi pihak Bank.
- Pelanggan akan membayar deposit (urbun) kepada peniaga, yang akan dianggap sebagai deposit yang akan dibayar oleh SME Bank.
- Penggunaan aset oleh pelanggan adalah pada risiko pelanggan dan Bank tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan kepada aset tersebut yang berlaku akibat dari kecuaian pihak pelanggan.
- Bank juga melantik pelanggan sebagai ejen perkhidmatannya dalam semua perkara berkaitan penyelenggaraan utama bagi pihak Bank dan juga penyelenggaraan dan pembaikan biasa. Pelanggan sebagai ejen perkhidmatan akan menanggung segala kos, caj dan perbelanjaan dalam menjalankan penyelenggaraan dan pembaikan utama dan biasa.
Muat Turun Lembaran Maklumat Produk