FAQCOVIDSubBanner

Sebagai pelanggan sedia ada SME Bank, apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak Bank untuk membantu meringankan beban kewangan usahawan PKS?
  • Bermula 1 April 2020, semua pelanggan SME Bank secara automatik layak mendapat penangguhan pembayaran selama 6 bulan seperti yang diumumkan oleh BNM. Ini adalah tertakluk kepada akaun tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.
  • Walau bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk tidak menyertainya dan terus membayar seperti jadual pembayaran yang asal.
  • Untuk mereka yang menerima tawaran penangguhan pembayaran 6 bulan ini, jadual pembayaran asal akan bermula kembali daripada bulan ketujuh dan pelanggan boleh berhubung dengan SME Bank untuk pilihan penyelesaian pembiayaan yang ada. 
Adakah SME Bank menawarkan kelonggaran kepada penyewa Kompleks Premis Usahawannya?
  • Seramai 248 penyewa di Kompleks Premis Usahawan SME Bank di seluruh negara akan diberi penangguhan bayaran sewa sehingga enam bulan bermula 1 April 2020.
  • SME Bank juga akan mempertimbangkan untuk menjadual semula bayaran tertunggak bagi penyewa-penyewa yang mempunyai bayaran RM10,000 ke bawah berdasarkan kes-kes tertentu sahaja.
Adakah SME Bank menawarkan sebarang program pembiayaan khas untuk usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19?
  • SME Bank menawarkan Kemudahan Automasi dan Digital PKS (Automation and Digitalisation Facility, ADF), Kemudahan Agromakanan (Agrofood Facility, AF) dan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) yang merupakan sebahagian daripada kemudahan pembiayaan yang ditawarkan BNM bertujuan memberi sokongan kepada PKS.
  Automasi dan Digital PKS (ADF) Kemudahan Agromakanan (AF) Kemudahan Semua
Sektor Ekonomi (AES)
Objektif Menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk eksport Meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS dalam semua sektor ekonomi. Ini terutamanya untuk PKS yang kurang mendapat akses kepada
perkhidmatan kewangan, serta untuk menyokong pertumbuhan
Kelayakan PKS Malaysia* PKS Malaysia* PKS Malaysia*
Tujuan Membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan Perbelanjaan modal; atau/dan Modal kerja; dan Pembangunan projek pertanian/ Perbelanjaan modal; atau/dan Modal kerja
Kadar Pembiayaan 4% setahun (termasuk sebarang fi jaminan) Sehingga 3.75% setahun. (termasuk sebarang fi jaminan) 7.00% setahun
(termasuk sebarang fi jaminan)
Pembiayaan Maksimum RM3 juta setiap PKS RM5 juta setiap PKS RM5 juta setiap PKS
Tempoh Pembiayaan 10 tahun 8 tahun 5 tahun
Tempoh penyediaan kemudahan Sehingga 31 Disember 2020 Terbuka Terbuka

* Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) dan mempunyai sekurang-kurangnya 51% saham yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanakah usahawan PKS boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kemudahan-kemudahan ini?
  • Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SME Bank di talian 03 - 2603 7700 untuk maklumat lanjut.

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More