SME Bank

PENGENALAN

Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) Sdn Bhd adalah anak syarikat hakmilik SME Bank sepenuhnya. Diwujudkan pada awal 2013, misinya adalah untuk mengembangkan kapasiti dan pembangunan kebolehan usahawan Malaysia bagi memampankan kemajuan perniagaan mereka dalam menyokong Agenda Ekonomi Kerajaan.

Kini, SME Bank berdiri  sebagai satu-satunya Bank yang mempunyai anak syarikat seperti CEDAR. Dengan berfokuskan pembangunan yang berterusan untuk usahawan dalam memastikan pertumbuhan dan kemampanan yang utuh melalui pelbagai kaedah khidmat intervensi seperti kaunseling berasaskan penyelidikan, bimbingan perniagaan, dana mudahcara, pementoran berasaskan hasil dan intervensi perniagaan.

VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan untuk Transformasi dan Pembangunan Usahawan

MISI

Membangun kebolehan usahawan secara berterusan bagi memampankan kemajuan perniagaan mereka dalam menyokong Agenda Ekonomi Kerajaan.

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

LEAP Coaching

Logo 1

Leaders Entrepreneurship Acceleration Programme (LEAP) adalah program pembangunan usahawan yang unik dimana usahawan yang beraspirasi menukar idea mereka menjadi sebuah perniagaan yang mampan dan boleh diterima oleh Bank.

Program pembangunan usahawan yang memperkenalkan model-model perniagaan, pengurusan strategik dan strategi keusahawanan yang membolehkan mereka menyediakan pelan perniagaan berdaya maju untuk medapat tawaran pembiayaan.

More Details

GROW! Coaching

Logo 2

Kehidupan seseorang usahawan adalah tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah. Mereka memerlukan seorang kawan yang berpengalaman dan dapat berbincang serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Melalui bimbingan yang khusus ini, peserta akan belajar untuk menyelesaikan permasalahan yang dilalui dan mendapat pandangan baharu untuk membesarkan perniagaan. 

More Details

Pengurusan Kewangan

Logo 3

Dalam program Pengurusan Kewangan, usahawan akan didedahkan kepada cara-cara mudah dan berkesan untuk mengurus hal-hal kewangan perniagaan.

Belajar dan fahami cara-cara yang betul dalam menyediakan akaun untung-rugi. Pada penghujung program, usahawan akan dapat mengenal kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka dan seterusnya menetapkan arah tujuan perniagaan mereka di masa hadapan.

More Details

3 Langkah untuk Keuntungan

Logo 4

Di dalam program mudah selama 2 hari ini, pembimbing perniagaan kami akan memperkasa usahawan dengan strategi-strategi mudah untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan perniagaan menggunakan tiga (3) cara mudah yang mampu diaplikasikan dengan segera untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan. Melalui program ini, usahawan mampu memperoleh idea berkaitan prinsip asas pemasaran dan strategi-strategi yang telah digunakan oleh banyak perniagaan dalam mengembangkan jualan dan keuntungan mereka.

More Details

Tingkatkan Perniagaan Anda melalui Strategi Pemasaran Digital

Logo 5

CEDAR berkolaborasi dengan Satu Creative, sebuah agensi Perundingan dan Latihan menawarkan sebuah Program Latihan Pemasaran Digital yang direka khas untuk usahawan dan eksekutif yang ingin berkecimpung di dalam pemasaran digital.

Program ini dikendalikan oleh Anuar Zainuddin, seorang pakar di dalam Pemasaran Digital dengan lebih 10 tahun pengalaman di sektor pengiklanan, perbankan, hospitaliti dan pengajian tinggi.

More Details

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700