SMEBank innerpage CustomerService

Bagaimana cara untuk berkongsi maklum balas dengan kami.

SME Bank komited untuk mengendalikan setiap maklum balas atau isu berhubung perkhidmatan kami. Sila kemukakan perhatian anda kepada Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk tindakan lanjut. Maklumat anda adalah sangat berharga dalam usaha kami untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami.

Apakah maklumat yang perlu anda berikan sekiranya ingin membuat aduan?
  • Nama, nombor telefon untuk dihubungi, emel dan alamat penuh anda.
  • Lengkapkan dan kembalikan Borang Maklum Balas/Aduan
  • Tarikh dan tempat kejadian berlaku (jika berkenaan)
  • Nama pegawai yang berurusan dengan anda (jika berkenaan)
  • Sebarang dokumen atau maklumat lain yang berkaitan untuk menyokong aduan anda (jika berkenaan)
Apa yang akan berlaku selepas aduan dikemukakan ?
  • Setiap aduan akan disiasat dan didokumenkan.
  • Pengesahan penerimaan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh diterima (mengikut hari bekerja)
  • Respon/penyelesaian ke atas aduan akan diberikan dalam tempoh 10 hari bekerja untuk isu yang tidak rumit.
  • Untuk aduan yang lebih rumit dan memerlukan siasatan lanjut, respon dan penyelesaian dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Kadangkala, kami mungkin mencadangkan penggunaan pengantara atau kaedah lain jika timbul pertikaian.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700