Kami bertekad untuk memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan jujur kepada pelanggan-pelanggan berdasarkan Piagam berikut:
Dokumen Asas untuk Permohonan Pembiayaan
- 1. Dokumen Syarikat Berstatus Sendirian Berhad / Berhad
-
- Borang 9, 24, 44 & 49
- Borang 13 & 32A [jika berkenaan]*
- Tatacara dan Tatawujud Urusan Syarikat [M&A]
- Salinan lesen atau sijil-sijil lain yang berkenaan. [jika berkenaan]*
- 2. Documents Syarikat Berstatus Persendirian / Perkongsian
-
- Borang Pendaftaran Perniagaan.
- Perjanjian Perkongsian [jika ada].
- Bil-bil utiliti untuk 3 bulan terkini.
- 3. Latarbelakang Perniagaan / Pemegang Saham / Pemilik / Pengarah / Pengurusan Utama
-
- Borang Penyata Diri dan Salinan MyKad / Salinan Passport
- Profil Syarikat / Firma [Jika Pemegang Saham adalah entiti korporat]
- Profil Pengarah dan Kakitangan Pegurusan Utama
- 4. Jika Pemohon telah Beroperasi
-
- Penyata Kewangan / Penyata Kewangan Beraudit untuk 3 tahun terakhir
- Senarai Penerima Biaya Utama. Jumlah & Umuran. [jika berkenaan]
- Senarai Pemberi Biaya Utama. Jumalah & Umuran [jika berkenaan]
- Penyata Bank terkini [untuk 6 bulan lepas]
- 5. Jika Pemohon Mempunyai Pembiayaan Dari Institusi Kewangan Lain
-
- Surat Tawaran Pembiayaan
- Penyata Bank / Penyata Akaun Semasa yang terkini.
- 6. Jika Menyewa / Memajak Premis Perniagaan / Bangunan
-
- Penjanjian Penyewaan atau Pemajakan
- Surat Pelepasan daripada Pemilik Tanah / Bangunan
- Perjanjian Penyewaan Sublet [jika ada]
- 7. Jika Melibatkan Cagaran Aset Milik Pihak Ketiga
-
- Dokumen Pemilik
- Surat Kebenaran untuk mencagarkan aset pemilik
- Laporan Penilaian Hartanah yang dialamatkan kepada SME Bank oleh Panel Penilai yang berdaftar dengan SME Bank.
- 8. Jika Melibatkan Jaminan Pihak Ketiga
-
- Borang Penyata Diri Penjamin [jika perseorangan]
- Surat Akaun Pendedahan Pembiayaan dari Jaminan Pemohon
Kelayakan
- Sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Memenuhi definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana.
- Syarikat berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 atau Koperasi 1993 (Pindaan 2007).
- Tujuan pembiayaan dan aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip Shariah.
Nota: Kelayakan lain mungkin dikenakan tertakluk kepada Program Pembiayaan
Tempoh Proses Permohonan, Pengeluaran, Pelepasan dan Rayuan
a) Permohonan Pembiayaan
Semua permohonan pembiayaan akan diproses dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
b) Pemakluman Keputusan Permohonan Pembiayaan
Kami akan berusaha memaklumkan keputusan permohonan pembiayaan kepada pemohon dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh keputusan dibuat oleh Bank.
c) Permohonan Pengeluaran
Semua permohonan pengeluaran yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat pra pengeluaran akan diproses dalam tempoh 4 hari bekerja.
d) Pelepasan Pembiayaan
Semua perkata yang melibatkan Pelepasan Cagaran dan Pelepasan Penjamin hendaklah dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh akhir penyelesaian.
e) Proses Rayuan
Sebarang rayuan ke atas permohonan yang tidak berjaya hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan dan boleh diserahkan kepada cawangan yang sama. Klik sini untuk mengetahui lokasi cawangan kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700.
Pengeluaran Penyata Akaun
Kami akan mengemukakan Penyata Akaun / Penyata Pembiayaan secara tahunan atau di atas permintaan pelanggan.
Piagam Pelanggan ini akan dikaji dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan keberkesannya.