SME Bank

Program Pembiayaan Dana Rantaian Bekalan Bumiputera (BSC) adalah program pembiayaan kerjasama dengan TERAJU yang bertujuan bagi membangunkan jaringan pembekal di kalangan PKS Bumiputera sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Agenda Bumiputera yang diterajui oleh TERAJU. Program ini dijangka dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan dan menjadikan pembekal PKS Bumiputera lebih berdaya saing.

Tujuan
  • Modal kerja
  • Pembelian aset termasuk mesin / peralatan / perisian komputer (tidak termasuk aset hartanah)
Kelayakan
  • Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  • Minima 60% pegangan saham Bumiputera dalam syarikat.
  • Bukan anak syarikat kepada syarikat GLC atau MNC.
  • Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah Bumiputera.
  • Majoriti Pengurusan Tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
  • Syarikat di dalam sektor Pembuatan, Pemborongan, Peruncitan dan yang berkaitan.
Fasiliti Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Jaminan Bank Kafalah (Kafalah BG-i)
Had Pembiayaan
  • Minima: RM500,000.00
  • Maksima: RM5.0 juta
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun (termasuk tempoh pernafasan (“grace period”) sehingga 12 bulan).
Kadar Pembiayaan
  • Minima: Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + 0.0% setahun
  • Maksima: Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + 1.5% setahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 85% daripada Bank
  • 15% daripada kos akan dibayar oleh pelanggan dan jumlah yang sama akan dikembalikan kepada pelanggan menggunakan dana geran setelah pembiayaan dibayar balik sepenuhnya.
Cagaran
  • Geran 15% akan dipegang oleh Bank sebagai margin sekuriti.
  • Lain-lain cagaran atau skim jaminan yang boleh diterima oleh Bank.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Cas

Klik untuk Fi & Cas

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700.