SME Bank

Diperkenalkan pada tahun 2015, SME Bank 90-Days Business Challenge ialah sebuah pertandingan keusahawanan, khusus buat pelajar Kolej Komuniti yang sedang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan. Pertandingan ini dianjurkan secara bergilir dengan SME Bank Y-Biz Challenge. Juga dikenali sebagai 90-Days Biz Challenge, pertandingan ini adalah sebuah platform untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti melatih diri mengenai keusahawanan dan pada masa yang sama belajar tentang keusahawanan di kolej mereka.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu menubuhkan sebuah syarikat dan menjalankan perniagaan yang bersesuaian. Finalis pertandingan ini akan mengikuti sesi boot camp untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang keusahawanan. Semasa sesi boot camp, Centre for Entrepreneur Research and Development Sdn. Bhd. (CEDAR), sebuah anak syarikat milik penuh SME Bank, akan memberikan taklimat dan bengkel keusahawanan sebagai bimbingan untuk pelajar dalam menghasilkan kertas kerja mereka. Mereka juga akan didedahkan kepada kemahiran kepimpinan, ceramah motivasi dan pengucapan umum untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Finalis pertandingan akan diberi wang modal untuk mereka menjalankan perniagaan mereka.

Pemenang pertandingan akan dipilih berdasarkan kejayaan dan keuntungan perniagaan mereka. Kesemua peserta secara automatiknya akan diserap sebagai Alumni SME Bank 90-Days Challenge.

90-Days Biz Challenge menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.00 dalam bentuk tunai. Selain dari itu, pemenang juga akan menerima trofi, sijil penyertaan dan juara akan membawa pulang Piala Pusingan SME Bank 90-Days Biz Challenge.

Senarai Pemenang :

Tahun 2017
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
Tempat Ketiga Naib Juara Tempat Ketiga
Kolej Komuniti Tawau, Sabah Kolej Komuniti Kuching, Sarawak Kolej Komuniti Sik, Kedah
Tahun 2015
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang Kolej Komuniti Sandakan, Sabah Kolej Komuniti Selandar, Melaka

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700