SME Bank menawarkan pembiayaan Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA) untuk pengendali bas dan teksi berlesen. Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli kenderaan supaya mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan (termasuk individu dan syarikat / koperasi / pengendali firma).
Objektif
- Untuk menyediakan skim pembiayaan khas dengan terma yang fleksibel dan Kadar keuntungan yang kompetitif khas untuk pengendali bas dan teksi seluruh Malaysia.
- Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam industri pengangkutan awam dan perniagaan lain yang berkaitan.
- Untuk membangunkan usahawan bas dan teksi yang lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik.
- Sebagai sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara.
Kelayakan Pemohon / Kumpulan Sasaran
Dana ini disasarkan khusus untuk pengusaha bas dan teksi. Syarat pemohon adalah seperti berikut:-
Perkara |
Pemohon Individu |
Pemohon Syarikat/ Koperasi/ Firma |
Status pemilikan |
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia |
Terbuka kepada semua Syarikat/ Koperasi/ Firma milik rakyat Malaysia. |
Pendaftaran perniagaan |
Tiada |
|
Lesen dari LPKP |
Memiliki lesen atau Surat Tawaran Kelulusan (STK) dari LPKP atas nama sendiri/ syarikat/ koperasi/ firma. |
|
Projek |
Projek mestilah mempunyai daya maju, boleh berkembang dan berkeupayaan membayar balik kemudahan kewangan yang diberikan dan diusahakan sendiri oleh pemilik lesen atau STK. |
* Nota: Penilaian pembiayaan bagi permohonan individu dilaksanakan oleh pihak MARA.
Pengusaha Kenderaan Pengangkutan Awam Yang Layak Dibiayai
1.Pengusaha bas dan teksi yang layak memohon pembiayaan di bawah program ini adalah seperti berikut:-
Bas
- Bas Ekspres
- Bas Berhenti-henti
- Bas Pengantara
- Bas Sekolah
- Bas Pekerja
- Bas Catar
- Bas Mini
Teksi/ Kereta Sewa
- Teksi
- Kereta Sewa
- Teksi Mewah
- Teksi Lapangan Terbang
- Kereta Sewa dan Pandu
- Atau apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang ditetapkan di bawah Akta 334 dari masa ke semasa
Nota: Pengusaha bas persiaran dan kenderaan pandu sendiri tidak layak untuk dibiayai di bawah program ini
Peraturan Dan Syarat Pembiayaan
- Terma-terma Umum Pembiayaan
Perkara |
Butir-butir |
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Tujuan Pembiayaan |
Nota : Pembelian kenderaan ‘reconditioned’ / terpakai hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta LPKP 1987. |
Jenis Kemudahan |
|
Kadar Keuntungan |
Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4.0% – 8.0% setahun |
Margin Pembiayaan |
Sehingga 100% daripada harga kenderaan dan kos pembaikan bergantung kepada jenis instrumen pembiayaan yang ditawarkan dan juga kadar risiko kredit projek. |
- Bayaran Pemperosesan Ke Atas Pembiayaan
- Bagi pemohon individu bayaran serata sebanyak RM50 bagi setiap permohonan akan dikenakan
- Bagi pemohon syarikat/ firma/ koperasi bayaran 0.15% dari jumlah pembiayaan diluluskan atau RM 10,000 akan dikenakan bagi setiap permohonan, yang mana lebih rendah