SME Bank menawarkan pembiayaan Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA) untuk pengendali bas dan teksi berlesen. Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli kenderaan supaya mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan (termasuk individu dan syarikat / koperasi / pengendali firma). 

Objektif

  • Untuk menyediakan skim pembiayaan khas dengan terma yang fleksibel dan Kadar keuntungan yang kompetitif khas untuk pengendali bas dan teksi seluruh Malaysia.
  • Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam industri pengangkutan awam dan perniagaan lain yang berkaitan.
  • Untuk membangunkan usahawan bas dan teksi yang lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik.
  • Sebagai sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara.

Kelayakan Pemohon / Kumpulan Sasaran

Dana ini disasarkan khusus untuk pengusaha bas dan teksi. Syarat pemohon adalah seperti berikut:-

Perkara

Pemohon Individu

Pemohon Syarikat/ Koperasi/ Firma

Status pemilikan

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

Terbuka kepada semua Syarikat/ Koperasi/ Firma milik rakyat Malaysia.

Pendaftaran perniagaan

Tiada

  • Syarikat dan Firma pendaftaran sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Koperasi – pendaftaran sah dengan Suruhanjaya Koperasi

Lesen dari LPKP

Memiliki lesen atau Surat Tawaran Kelulusan (STK) dari LPKP atas nama sendiri/ syarikat/ koperasi/ firma.

Projek

Projek mestilah mempunyai daya maju, boleh berkembang dan berkeupayaan membayar balik kemudahan kewangan yang diberikan dan diusahakan sendiri oleh pemilik lesen atau STK.

* Nota: Penilaian pembiayaan bagi permohonan individu dilaksanakan oleh pihak MARA.

Pengusaha Kenderaan Pengangkutan Awam Yang Layak Dibiayai

1.Pengusaha bas dan teksi yang layak memohon pembiayaan di bawah program ini adalah seperti berikut:-

Bas

  • Bas Ekspres
  • Bas Berhenti-henti
  • Bas Pengantara
  • Bas Sekolah
  • Bas Pekerja
  • Bas Catar
  • Bas Mini

Teksi/ Kereta Sewa

  • Teksi
  • Kereta Sewa
  • Teksi Mewah
  • Teksi Lapangan Terbang
  • Kereta Sewa dan Pandu
  1. Atau apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang ditetapkan di bawah Akta 334 dari masa ke semasa 

Nota: Pengusaha bas persiaran dan kenderaan pandu sendiri tidak layak untuk dibiayai di bawah program ini

Peraturan Dan Syarat Pembiayaan

  1. Terma-terma Umum Pembiayaan

Perkara

Butir-butir

Had Pembiayaan

  • Minimum : RM50,000
  • Maksimum : RM20.0 juta

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun

Tujuan Pembiayaan

  • Pembelian kenderaan baru atau ‘reconditioned’ / terpakai bagi lesen baru atau STK atau penggantian kenderaan lama
  • Peningkatan kualiti kenderaan (seperti penukaran ke NGV, pemasangan/ penukaran audio/ video, tempat duduk, hawa dingin, cat badan dan ubahsuai lain). Pembiayaan untuk menampung kos pembaikan disebabkan oleh kemalangan adalah tidak dibenarkan
  • Pembiayaan untuk modal pusingan hanya dibenarkan kepada pengusaha bas dan teksi berstatus syarikat/ firma/ koperasi sahaja (pengusaha individu tidak dibenarkan)
  • Pembiayaan semula pinjaman sedia ada tidak dibenarkan

Nota : Pembelian kenderaan ‘reconditioned’ / terpakai hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta LPKP 1987.

Jenis Kemudahan

  • Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i)
  • Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

Kadar Keuntungan

 Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4.0% – 8.0% setahun

Margin Pembiayaan

Sehingga 100% daripada harga kenderaan dan kos pembaikan bergantung kepada jenis instrumen pembiayaan yang ditawarkan dan juga kadar risiko kredit projek.

  1. Bayaran Pemperosesan Ke Atas Pembiayaan
  • Bagi pemohon individu bayaran serata sebanyak RM50 bagi setiap permohonan akan dikenakan
  • Bagi pemohon syarikat/ firma/ koperasi bayaran 0.15% dari jumlah pembiayaan diluluskan atau RM 10,000 akan dikenakan bagi setiap permohonan, yang mana lebih rendah

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700
customercare@smebank.com.my