Pembiayaan Ekuiti Bumiputera (Equibumi) ialah sebuah program untuk membantu syarikat Bumiputera yang berwibawa (Pemeroleh) untuk mengambil alih syarikat yang tersenarai atau yang berpotensi untuk disenaraikan dalam Bursa Malaysia (Syarikat Sasaran).
Tujuan
Untuk meningkatkan pemilikan ekuiti dengan memberi pembiayaan kepada syarikat Bumiputera yang kukuh untuk mengambil alih Syarikat Sasaran.
Kelayakan
- Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Tujuan pembiayaan dan aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip Syariah.
Konsep Pembiayaan
- Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
Margin Pembiayaan
- Sehingga 100% daripada harga pembelian ekuiti/saham
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 25 tahun bermula dari tarikh pengeluran kemudahan.
Kadar Keuntungan
- Dari KPA + 0.0% setahun ke KPA + 2.5% setahun
Cagaran
- 5% cagaran tunai atau RM5.0 juta yang mana terendah
- Cagaran ke atas saham
- Jaminan bersama dan berasingan oleh pengarah-pengarah syarikat dan pemegang saham
- Lain-lain cagaran yang ditetapkan oleh pihak Bank
Muat Turun Kemudahan Pembiayaan Ekuiti Bumiputera (EquiBumi)
Brosur Kemudahan Pembiayaan Ekuiti Bumiputera (EquiBumi)
|
 |
Lembaran Maklumat Produk
|
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Mana-mana Pusat Enterpris/Pusat perniagaan SME Bank
Rangkaian Cawangan Kami