previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

Acara Akan Datang

Tiada acara buat masa ini. 

SAS yang ditubuhkan pada tahun 1992, memiliki 25 pesawat ringan dan tiga helikopter untuk sewaan setakat ini.

Source : Berita Harian, 30 Dec 2015

SAS is one of the many companies featured in SME Bank's "Your Success Our Story" campaign.

Source : New Straits Times, 30 Dec 2015

Rakyat Malaysia perlu berani untuk menjadi usahawan dan memohon geran yang disediakan kerajaan melalui SME Bank.

Source : mStar Online, 29 Dec 2015

Kerajaan turut menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) oleh MID Sarawak, Skim Pembangunan PKS (SME Bank), Dana Mudah Cara (TERAJU), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak ...

KUCHING: Sebanyak RM365.7 juta telah disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sarawak menerusi bantuan kewangan dalam tempoh 10 bulan tahun ini.
Manakala skim pinjaman sama berjumlah RM347.2 juta turut disediakan kepada PKS Sarawak pada tahun lalu untuk mempergiatkan pertumbuhan sektor itu.
Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sehingga kini kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada PKS dari segi kewangan, bukan kewangan dan insentif.
Katanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM155 juta kepada 34,181 usahawan negeri ini sejak Januari hingga Oktober 2015.
“Agensi ini mengeluarkan pinjaman mikro tertinggi kepada usahawan wanita dengan jumlah pinjaman sebanyak RM165 juta membabitkan 31,390 usahawan pada 2014,” katanya pada sesi ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Awang Tengah mendedahkan, golongan wanita menunjukkan prestasi pembayaran balik yang baik iaitu 99 peratus kutipan pembayaran serta komitmen tinggi dalam pengurusan kewangan.
Sementara itu, sebanyak RM22.7 juta pinjaman disalurkan kepada 5,795 usahawan untuk tujuan PKS sehingga Oktober lalu menerusi TEKUN Nasional, manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Skim Pinjaman Putra telah membiayai seramai 253 usahawan belia dengan jumlah RM2.6 juta.
Beliau berkata SME Bank mengeluarkan RM185 juta sehingga Oktober lalu dan SME Corp Malaysia di bawah Business Accelerator Program (BAP) dan Bumiputera Entreprise Enhancement Program (BEEP) meluluskan geran berjumlah RM2.6 juta dalam tempoh sama tahun ini.
Selain itu, kerajaan turut menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) oleh MID Sarawak, Skim Pembangunan PKS (SME Bank), Dana Mudah Cara (TERAJU), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF).
Tambahnya, Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal, Jabatan Ketua Menteri turut menyediakan geran RM15,000 daripada SME Corp Malaysia kepada 44 belia menerusi Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE).
“Dalam pada itu TERAJU telah memberi geran berjumlah RM500,000 kepada seorang usahawan belia Sarawak dalam Program Usahawan Permulaan Belia (SUPERB),” katanya.
Justeru, beliau menyarankan agar pemain industri PKS memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan agar bergerak dengan lebih proaktif.

Source : Borneo Post Online, 15 Dec 2015

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700