Pihak Pengerusi, Lembaga Pengarah serta Pengurusan Kanan komited untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang baik kepada pelanggan kami. Kami berpegang untuk membina hubungan jangka panjang dan saling menguntungkan dengan pelanggan kami. Piagam ini menggariskan komitmen kami untuk memberikan layanan saksama yang tertinggi di dalam setiap urusan dengan pelanggan.

Untuk melindungi kepentingan dan kestabilan kedudukan kewangan pelanggan kami:

  1. Kami komited untuk menerapkan unsur keadilan di dalam nilai teras dan budaya korporat kami;
    1. Kami akan menetapkan amalan perniagaan yang adil di dalam setiap urusan dengan pelanggan kami. Ini termasuk menyediakan perkhidmatan produk kewangan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan pelanggan dan menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan kami;

    2. Kami akan melatih semua kakitangan yang berurusan dengan pelanggan untuk memberikan nasihat dan cadangan yang berkualiti;

    3. Kami akan memandang serius ke atas maklum balas pelanggan dan menyalurkan maklumat yang membina kepada kakitangan kami.

  2. Kami komited untuk memastikan bahawa pelanggan diperuntukkan dengan terma yang adil;
    1. Kami akan memastikan bahawa syarat-syarat dalam kontrak atau perjanjian dengan pelanggan adalah adil, telus, dan jelas;

    2. Kami akan memastikan bahawa terma dan syarat berkenaan hak, tanggungjawab dan kewajipan pelanggan adalah jelas dan mudah difahami;

    3. Kami akan memastikan bahawa terma dan syarat dalam kontrak atau perjanjian tidak diubah sebelum memberi maklum kepada pelanggan.

  3. Kami komited untuk memastikan bahawa pelanggan diberi maklumat yang jelas, relevan dan tepat mengenai perkhidmatan dan produk kewangan;
    1. Kami akan memberikan maklumat terma produk yang relevan dan tepat kepada pelanggan;

    2. Kami akan menerangkan dengan jelas dan tepat terma produk, yuran dan caj serta risiko dan faedah;

    3. Kami akan memastikan terma yang penting diberikan penekanan dan penerangan yang jelas kepada pelanggan;

  4. Kami komited untuk memastikan bahawa setiap kakitangan, wakil atau ejen kami mempraktikkan layanan yang berhemah tinggi dan cekap ketika berurusan dengan pelanggan;

    1. Kami akan mengiklankan dan memasarkan perkhidmatan dan produk kewangan kami dengan penuh integriti dan tidak akan membuat sebarang kenyataan yang melampau;

    2. Kami akan mengelak atau tidak mendedahkan sebarang konflik yang berkepentingan atau yang menjurus kepada seumpamanya;

    3. Kami akan memastikan penunjuk prestasi utama kakitangan mengambilkira pencapaian ke atas penerapan unsur yang di atas.

 

Contact-Us

Cara Menghubungi Kami
Service-Charter

Piagam Perkhidmatan Pelanggan
Client-Charter

Piagam Pelanggan
Complaint-Management

Pengurusan Aduan

 

How-To-Make-Complaint

Cara Membuat Aduan
Online-Screen-Application

Tapisan Atas Talian
How-To-Make-Payment

Pembayaran pada SME Bank
FAQ

Soalan Lazim

 

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700
customercare@smebank.com.my