previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

Acara Akan Datang

Tiada acara buat masa ini. 

YEF 2.0 adalah sebuah program pembiayaan bertujuan membantu dan menyokong usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya dan kekal berdaya saing selepas negara pulih daripada COVID-19. Ia juga bertujuan untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan di bawah inisiatif Umbrella.

Tujuan
  • Aset Tetap
  • Modal Kerja
Kelayakan
  • Usahawan muda Malaysia yang berumur 21-40 tahun dari tarikh permohonan dan mempunyai perniagaan.
  • Perusahaan bertaraf mikro dan kecil seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon muda memegang saham majoriti >51% DAN adalah pembuat keputusan utama.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah(CMTF-i)
  • Aliran Tunai-i
  • Kredit Pusingan-i
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
  • Minimum : RM100,000
  • Maksimum : RM1,000,000
Kadar Keuntungan
  • 5.0% setahun
Margin Pembiayaan
  • Modal Kerja : Sehingga 100%
  • Pembelian Banggunan : Sehingga 90%
  • Loji / Perkakasan &  Peralatan/ (termasuk kos pemasangan)
    • Baru : Sehingga 80%
    • Terpakai / Diperbaharui / Penyesuaian Semula : Sehingga  70%
  • Pengubahsuaian Banggunan
    • Banggunan Sendiri : Sehingga 70% dari nilai pengubahsuaian
    • Banggunan Premis Sewa : Sehingga 50% dari nilai pengubahsuaian
Tempoh Pembiayaan
  • Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
  • Pembelian Banggunan : Sehingga 10 tahun
  • Loji / Perkakasan &  Peralatan/ (termasuk kos pemasangan) : Sehingga 10 tahun
  • Pengubahsuaian Banggunan
    • Banggunan Sendiri : Sehingga 7 tahun
    • Banggunan Premis Sewa : Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Fixed asset to be financed
  • Minimum 10% cash collateral for working capital financing
  • Joint and several guarantees of directors/shareholders
Collateral
  • Takaful/insurance coverage is mandatory if the asset is given as security for the financing (if applicable). You have the option to select the service offered by our panel Takaful operators or non-panel Takaful operators.
Fees & Charges

Click here for Fees & Charges

Product Disclosure Sheet

Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV) adalah sebuah program bertujuan membantu meningkatkan kapasiti & keupayaan syarikat vendor Bumiputera agar lebih berdaya saing dan berupaya mengembangkan pasaran.

Objektif
  • Meningkatkan kapasiti syarikat vendor Bumiputera agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta kecekapan penggunaan sumber.
  • Meningkatkan peluang syarikat vendor Bumiputera menembusi pasaran domestik dan antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan.
Kumpulan Sasaran
  • Vendor Bumiputera berdaftar di bawah syarikat anchor Program Pembangunan Vendor (PPV).
Kriteria Vendor
  • Berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah PPV, MEDAC.
  • Mematuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.
  • Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan PPKV sehingga selesai.
  • Syarikat solven dan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan keatas syarikat, atau pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/ penjamin dibawah undang-undang Malaysia.
  • Mendapat pengiktirafan / surat sokongan dari syarikat Anchor.
Ciri-Ciri Program
  • Geran sehingga RM200,000 untuk setiap vendor dengan padanan geran 90% : 10%.
  • Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana digunakan sepenuhnya (mana terdahulu).
Skop Program
  • Program Pembangunan Modal Insan.
  • Peningkatan kecekapan dan penggunaan sumber secara efisyen.
  • Standard dan Akreditasi.
  • Pemindahan teknologi.
  • Menaik taraf sistem sedia ada dan pembelian mesin/peralatan.
Cara Memohon

Borang Permohonan

Lengkapkan Borang Permohonan di atas dan hantar beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:

Customized Program
Aras 6, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
(u/p : Yuszairi Ibrahim)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami berikut:

Rosmah Daud
03-2616 7435
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Fazliana Abd Aziz
03-2615 3860
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Aturcara Sesi Taklimat SME Bank 90-days Biz Challenge 2022

Tarikh Zon Negeri
26 – 27 Oct. 2021 Utara Perlis, Kedah, Penang
02 – 03 Nov. 2021 Sentral Kuala Lumpur, Selangor, Perak
09 – 10 Nov. 2021 Selatan Negeri Sembilan, Melaka, Johor
16 – 17 Nov. 2021 Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang
23 – 24 Nov. 2021 Timur Sabah & Sarawak

Laterbelakang Program

  • Program Usahawan Muda ‘SME Bank 90-Days Biz  Challenge’ adalah sebuah program tanggungjawab korporat Kumpulan SME Bank yang dilaksanakan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda dari golongan belia. Program berbentuk pertandingan ini telah bermula pada tahun 2015 dan diadakan setiap dua setahun. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

  • Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk pelajar – pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang Keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan bidang Keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka. Program yang berbentuk Keusahawanan ini mensasarkan pelajar – pelajar yang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan di Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang memerlukan para pelajar mendaftarkan perniagaan dan membuka sebuah syarikat. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing.

  • Program ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000.00 dalam bentuk wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

  • Para peserta yang menyertai pertandingan ini akan secara automatic menjadi  ahli Alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge. Sebagai ahli, mereka akan mendapat akses kepada pelbagai maklumat mengenai pembiayaan dan menyertai program – program Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kumpulan SME Bank.

Terma & Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Setiap kumpulan mestilah mempunyai 4 orang ahli (termasuk ketua kumpulan) dan seorang pensyarah pembimbing.
  • Ketua kumpulan perlu membuat pra-pendaftaran penyertaan secara atas talian melalui portal https://90daysbc.smebank.com.my/register
  • Menubuhkan sebuah syarikat baru dan perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau di bawah pentadbiran kerajaan negeri (Sabah/Sarawak)
  • Membuka akuan Bank dan mestilah didaftarkan atas nama syarikat.
  • Borang Pendaftaran dan Kertas Rancangan Perniagaan perlu dihantar melalui portal https://90daysbc.smebank.com.my
  • Semua maklumat pertandingan boleh didapati melalui portal www.ysos.com.my  dan Facebook Rasmi SME Bank 90 Days Business Challenge
  • Sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta yang tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya. Penukaran ahli pasukan tidak dibenarkan.
  • Semua peserta akan didaftarkan sebagai ahli Alumni SME Bank 90 Days Biz Challenge.
  • Keputusan juri adalah muktamad.

Pendaftaran Penyertaan

  • Penyertaan pertandingan ini dibuat secara atas talian melalui portal www.ysos.com.my Setiap pasukan dikehendaki menghantar borang penyertaan beserta kertas rancangan perniagaan yang lengkap untuk menyertai pertandingan. Kesemua penyertaan dan kertas rancangan perniagaan akan dibuat penilaian oleh panel juri berdasarkan kepada aspek pengurusan, pasaran, Kewangan dan teknikal. 20 pasukan /penyertaan terbaik akan dipilh ke peringkat akhir dan mereka akan diberikan wang modal sebanyak RM1,000.00 untuk memantapkan perniagaan.

Bootcamp

20 pasukan finalis dikehendaki untuk menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan sebelum pertandingan akhir bermula. Semasa sesi boot camp, setiap pasukan akan diberikan pendedahan lanjut mengenai teknik untuk membuat pembentangan akhir (pitching), penyediaan laporan perkembangan perniagaan dan ceramah motivasi yang akan dikendalikan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), sebuah anak syarikat milik penuh SME Bank. 

Video Perkembangan Perniagaan

  • Peserta finalis dikehendaki menghantar video perkembangan projek maksimum (3 minit) sebanyak 2 kali dan akan dimuatnaik pada bulan April sehingga Jun 2022. Pada peringkat ini, undian atas talian (YouTube) akan dibuka kepada orang awam. Markah akan diperuntukkan bagi projek yang menerima. undian tertinggi. 

Peringkat Akhir

  • Di peringkat akhir, setiap pasukan finalis dikehendaki membuat pembentangan mengenai kemajuan perniagaan mereka di hadapan panel juri dan markah yang diberikan oleh panel juri akan diaudit oleh firma audit bertauliah bagi menentukan pemenang pertandingan.
  • Majlis Penyampaian Hadiah akan dilakukan setelah 20 pasukan finalis selesai membuat pembentangan akhir mereka. 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai kami berikut :

  • Encik Ahmad Tarmizi | 03-2615 2062
  • Encik Asrin Aspuri | 03-2615 2064

Anda juga boleh emel kepada kami melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700