previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

KUALA LUMPUR: 30 Jun 2022 – Ketangkasan menyesuaikan diri dan bertindak balas dengan pantas terhadap persekitaran yang sentiasa berubah-ubah telah membolehkan SME Bank menambahkan jumlah asetnya menjadi RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa Tahun Kewangan 2021.

Pengerusi SME Bank, Dato' Seri Nazir Ariff dalam satu kenyataan berkata, “Hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.”

Dato’ Seri Nazir menambah, “Pada 2021, SME Bank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion yang telah memanfaatkan 1,825 usahawan PKS. Daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, 46.4% adalah untuk perniagaan bersaiz kecil dan 35.2% adalah untuk perniagaan bersaiz sederhana. Baki selebihnya sebanyak 8.4% dan 10.0% adalah untuk perusahaan mikro dan perusahaan besar.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Walaupun berhadapan cabaran yang tidak pernah dilalui sebelum ini dan persekitaran perniagaan yang sukar, SME Bank terus berkembang pada tahun 2021 dan menunjukkan keupayaannya dalam memaksimumkan penggunaan sumber tenaga dan modal insan untuk bertindak balas dan memenuhi keperluan segera para pelanggan. Tiga sektor teratas yang menerima pembiayaan ialah sektor Pemborongan dan Dagangan Runcit, dan Restoran dan Hotel pada kadar 27.5% manakala sektor Pembinaan dan Pembuatan masing-masing pada kadar 17.0%.”

Aria menambah, “Secara khusus, tahun 2021 menyaksikan Bank meluluskan lebih RM400 juta daripada pakej rangsangan PENJANA yang diumumkan Kerajaan yang merangkumi Skim SME Go, Geran Padanan PEMERKASA dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) untuk membantu PKS yang terjejas akibat pandemik. Di bawah Kemudahan Bantuan & Pemulihan Sasaran (TRRF), inisiatif Bank Negara Malaysia yang diperkenalkan pada 2020, Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai RM150 juta kepada pelanggan yang terjejas pada 2021 dan sehingga kini BNM telah meluluskan jumlah dana sebanyak RM450 juta berikutan permintaan yang tinggi. Usaha penting lain termasuk membantu 175 usahawan mikro dan kecil di bawah Pembiayaan Lestari Bumi (LBF) berjumlah RM63.3 juta, meluluskan RM87.8 juta kepada tujuh usahawan di bawah program Jaguh Serantau dan menerusi MySMELady, program yang bertujuan memperkasakan usahawan wanita, 12 penerima menerima pembiayaan berjumlah RM8 juta.”

“Mengambil maklum bahawa beberapa sektor telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, melalui Program Bantuan SME Bank 2.0 (SRP 2.0), untuk usahawan yang terlibat dalam sektor pengangkutan penumpang, perkhidmatan runcit dan makanan & minuman,  SME Bank telah membantu 311 pelanggan yang layak dengan nilai pembiayaan sebanyak RM248 juta. Selain itu, SME Bank juga menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan serta lanjutan tempoh pembayaran sehingga 12 bulan berkuat kuasa Julai 2021 di bawah inisiatif SRP PEMULIH. Ini telah memanfaatkan 2,751 pelanggan, melibatkan baki jumlah pembiayaan bernilai RM4.37 bilion,” kata Aria.

                                                                                                            

Di samping menyediakan bantuan kewangan, SME Bank mengamalkan konsep melangkaui pembiayaan dalam memenuhi mandatnya untuk membimbing dan membangunkan PKS. Anak syarikat milik penuh SME Bank yang menyampaikan perkhidmatan penting ini ialah Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. atau CEDAR. Pada 2021, CEDAR telah menjalankan 140 program bimbingan dan latihan yang melibatkan 6,937 peserta. Bagi pihak Bank pula, program intervensinya menyaksikan 626 syarikat berjaya mencatat peningkatan prestasi ke tahap seterusnya pada 2021. Mereka mencatatkan pertumbuhan daripada segi keuntungan, hasil, peningkatan bilangan pekerja, penggunaan teknologi digital serta memasuki pasaran eksport.

Selaras dengan usaha global dalam memastikan kemampanan perniagaan, SME Bank telah memulakan perjalanan kemampanannya dengan menggabungkan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi perniagaannya. Pada 2021, SME Bank telah membangunkan Pelan Hala Tuju Kemampanan 3 tahun 2021-2023 dan berjaya menerbitkan Sukuk Kelestarian sulungnya berjumlah RM500 juta. SME Bank kini sedang dalam proses membangunkan Rangka Kerja Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang akan digunakan sebagai garis panduan untuk mencapai matlamat kemampanannya. SME Bank menyasarkan untuk meluluskan pembiayaan berkaitan ESG sebanyak RM1 bilion pada 2022.

SME Bank akan terus menyokong PKS melalui pelbagai program pembiayaan sedia ada serta di bawah peruntukan Bajet 2022. SME Bank telah diamanahkan untuk menerajui Dana Permodalan Semula PKS berjumlah RM600 juta dengan kerjasama TERAJU dan Bank Simpanan Nasional. Kemudahan pembiayaan ekuiti dan kuasi-ekuiti ini dijangka meningkatkan penyertaan PKS dalam aktiviti pembangunan negara pada skala yang lebih besar. Selain itu, sejumlah RM100 juta juga telah diperuntukkan kepada usahawan muda melalui Tabung Usahawan Muda 2.0. Selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah dana Program Promosi Sistem Binaan Berindustri 2.0 (IBS 2.0) untuk kontraktor sehingga kategori G7, pengilang dan pemasang yang layak.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat SME Bank untuk memperkasa golongan Asnaf dan B40 untuk membangunkan perniagaan mikro mereka juga menunjukkan impak positif apabila peserta Program Penjana [email protected] Bank dan ISHRAF berjaya mencatatkan RM5.15 juta hasil jualan pada 2021. Kedua-dua program ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas memenangi Anugerah Merit bagi Projek Pembangunan Terbaik untuk ISHRAF dan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik untuk Penjana [email protected] Bank daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP).

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini tentang SME Bank, ikuti laman web rasmi Bank di www.smebank.com.my dan platform media sosial.

KUALA LUMPUR: 23 Mei 2022 – Seiring semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, SME Bank menyemak semula Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas menjadi 6.45% berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Kali terakhir pihak Bank menyemak semula BFR adalah pada 17 Julai 2020 dengan kadar 6.20%. Tempoh pembiayaan pelanggan kekal tidak berubah manakala jumlah ansuran akan disemak sewajarnya.”

(Dr.) Aria mengulas, “Sokongan kepada PKS terus kukuh apabila negara mencatatkan pertumbuhan ketara dalam pengeluaran pembiayaan modal kerja sebanyak 21.2% pada S1 2022. Di SME Bank, kami mengambil pendekatan proaktif untuk mengurangkan kesan semakan OPR terhadap PKS. Pelbagai kemudahan pembiayaan khusus sedia ada serta program pembiayaan yang diumumkan semasa Belanjawan 2022 seperti Dana Usahawan Muda 2.0 sebanyak RM100 juta, Dana Promosi IBS 2.0 sebanyak RM200 juta  dan Dana Permodalan Semula PKS sebanyak RM200 juta disediakan kepada PKS.”

Ketua Pegawai Perniagaan SME Bank, Nurbayu Kasim Chang berkata, “Syer pasaran SME Bank dalam kalangan Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang menyokong PKS adalah ketara iaitu sebanyak 43.2%. Ini menunjukkan pendekatan yang diambil oleh SME Bank dalam menyediakan kemudahan kewangan dan sokongan bukan kewangan kepada PKS adalah berkesan dan memenuhi keperluan usahawan.”

Nurbayu menambah, “Siri jelajah Program SME Bank Jom Xcess 2022, yang menawarkan akses kepada kemudahan pembiayaan dan program pembangunan usahawan di enam wilayah di seluruh negara akan bermula di Kedah pada 1 Jun 2022 dan ia akan diteruskan sehingga November 2022. Program Jom Xcess 2021 SME Bank yang diadakan secara hibrid telah memanfaatkan lebih 2,800 peserta dan sehingga kini, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM43.24 juta.”

SME Bank akan mengemas kini butiran lanjut mengenai siri jelajah Program SME Bank Jom Xcess 2022 di platform media sosialnya. Usahawan digalakkan untuk mengikuti platform ini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai program pembangunan usahawan dan kemudahan pembiayaan terkini SME Bank. Layari laman web rasmi SME Bank di www.smebank.com.my atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan SME Bank di 03–26037700 untuk mendapatkan bantuan.

Kuala Lumpur, 17 Mei 2022 – Memelihara kestabilan kewangan negara kekal menjadi keutamaan Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2% selepas hampir dua tahun berada pada kadar terendah 1.75% sejak Julai 2020.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, (Dr.) Aria Putera Ismail mengulas, “Jelas, BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ini terutamanya melihat kepada kedudukan luaran Malaysia yang kukuh dan sistem perbankan yang berdaya tahan yang membolehkan ekonomi menghadapi sebarang kejutan luaran.”

“Memandangkan ekonomi domestik berkembang pada landasan yang lebih kukuh, kami menjangkakan tahap akomodasi monetari akan dikurangkan secara berhati-hati dan beransur-ansur, terutamanya dalam persekitaran kestabilan harga,” tambah (Dr.) Aria.

Ketua Pegawai Risiko Kumpulan SME Bank, Mohammad Azam Ahmad, yang menyelia kredit, pasaran, mudah tunai dan pengurusan operasi risiko berkata, “Melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memulihkan ekonomi ketika negara memasuki tahap endemik, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5% pada S1 2022 berbanding 3.6% pada S4 2021. Ini disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik kerana aktiviti ekonomi terus pulih seiring dengan pelonggaran langkah pembendungan serta pertumbuhan eksport yang kukuh. Peningkatan itu juga mencerminkan pemulihan dalam pasaran pekerjaan, dengan kadar pengangguran terus menurun kepada 4.1% (S4 2021: 4.3%), didorong oleh penyertaan buruh dan prospek pendapatan yang lebih baik.”

Mohammad Azam menambah, “Aktiviti ekonomi dijangka bertambah kukuh apabila kesan positif peralihan kepada fasa endemik terus dialami oleh semua sektor ekonomi, terutamanya dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa. Daripada segi penawaran, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus memacu pertumbuhan ekonomi, masing-masing berkembang sebanyak 6.5% dan 6.6%.”

Walau bagaimanapun, tekanan inflasi telah meningkat dengan mendadak berikutan kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tegang dan keadaan permintaan yang kukuh, terutamanya di AS. Beberapa buah bank pusat telah mengetatkan tetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas untuk mengurangkan tekanan inflasi. Pada Mac 2022, inflasi utama Malaysia tidak berubah pada 2.2% manakala inflasi teras meningkat sehingga 2.0% (Feb: 1.8%). Ini mencerminkan pelarasan harga di tengah-tengah kos yang lebih tinggi dan keadaan permintaan yang bertambah baik, dengan kenaikan harga menjadi lebih ketara khususnya untuk barangan makanan disebabkan faktor berkaitan bekalan seperti harga komoditi global yang lebih tinggi.

Walaupun dalam keadaan positif pada masa ini, kita tidak boleh mengabaikan risiko penurunan pertumbuhan yang disebabkan oleh pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meningkat, gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk, perkembangan buruk berkenaan COVID-19 dan peningkatan turun naik pasaran kewangan.

(Dr.) Aria berkata, “Sebagai peneraju utama Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) di negara ini yang diberi mandat untuk memupuk dan membangunkan PKS di Malaysia, SME Bank akan terus menyokong PKS melalui pelbagai program pembiayaan dan pembangunannya yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan PKS.”

(Dr.) Aria menambah, “Secara khusus, melalui SME Bank Relief Program, pelanggan Bank daripada sektor pelancongan dan pengangkutan awam telah menerima moratorium selama 24 bulan dari Oktober 2020 hingga September 2022 dengan lanjutan tempoh kumulatif / tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan. Bantuan diberikan dalam bentuk penangguhan pembayaran prinsipal dan kadar keuntungan pembiayaan. Usaha ini telah banyak membantu usahawan dalam menguruskan keperluan kewangan mereka untuk mengekalkan perniagaan.”

Sehingga kini, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM38 bilion kepada lebih 21,000 PKS. Selain bantuan kewangan, sokongan juga diberikan dalam bentuk pembinaan kapasiti dan keupayaan usahawan oleh anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR). CEDAR telah melatih lebih 62,000 orang peserta melalui pelbagai program pembangunan PKS.

Pelanggan SME Bank yang menghadapi kesukaran pada masa kini digalakkan untuk berhubung terus dengan Pengurus Perhubungan masing-masing untuk mendapatkan bantuan. Sebagai alternatif, mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di 03-2603 7700 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

KUALA LUMPUR: 15 April 2022 – HRSB Holdings Sdn. Bhd. (HRSB Holdings), sebuah syarikat kontraktor Minyak & Gas Malaysia telah berjaya menerima pembiayaan daripada SME Bank yang keseluruhannya bernilai RM132 juta bagi tujuan modal kerja dan pembelian aset untuk melaksanakan kontrak yang diterima mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Presiden Kumpulan HRSB Holdings, Dato’ Mohd Faizal bin Mohd Hassim berkata, “Melalui pembiayaan dan bimbingan yang diberikan oleh SME Bank, HRSB Holdings telah berjaya menjadi kontraktor pilihan dalam industri Minyak & Gas di Malaysia antaranya oleh PETRONAS. Dengan adanya tenaga kerja yang cekap serta kemudahan yang lengkap, HRSB Holdings berkeupayaan untuk menjalankan tiga projek Turnaround (TA) pada masa yang sama.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Dr. Aria Putera Ismail berkata, “Hubungan perniagaan antara SME Bank dengan HRSB Holdings pada peringkat awalnya bermula melalui pembiayaan Skim Siswazah Muda pada tahun 2007. Melihat kepada penilaian serta prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh HRSB Holdings, pihak Bank telah menyalurkan bantuan pembiayaan tambahan melalui Pembiayaan Kontrak SME Bank bagi membantu perniagaan mereka berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.”

“Sebagai nilai tambah untuk pelanggan kami, HRSB Holdings turut terpilih untuk menyertai Program TITAN SME Bank, sebuah program pembangunan usahawan peringkat tinggi.  Peserta Program TITAN akan dibimbing untuk mencapai penilaian RM1 bilion atau bersamaan dengan 500% CAGR (Kadar Pertumbuhan Tahunan Majmuk) dalam tempoh lima tahun,” ulas Dr. Aria.

Dato’ Faizal turut menambah, “Melihat kepada objektif perniagaan jangka panjang, selain industri Minyak dan Gas, HRSB Holdings telah mempelbagaikan perkhidmatannya yang merangkumi sektor Telekomunikasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pembuatan Produk Pengguna, Infrastruktur dan Pembinaan. Ini selari dengan matlamat HRSB Holdings untuk berdaftar sebagai syarikat awam (Berhad) yang tersenarai dalam pasaran Bursa Malaysia pada tahun 2024 serta mencapai hasil jualan tahunan berkumpulan sebanyak RM1 bilion, seiring sasaran Program TITAN SME Bank.”

Antara kontrak berskala besar dan bernilai tinggi yang telah disempurnakan oleh HRSB Holdings termasuk Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bagi Integrated Turnaround Main Mechanical and Maintenance Mechanical Static (TA4MS) untuk PETRONAS dan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi Projek Effluent Management at Source (EMAS) untuk Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB).

HRSB Holdings telah memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS) ISO 9001:2015, ISO 14001:2015 dan ISO 45001:2018; serta sedang berada dalam fasa pendigitalan dengan menerapkan penggunaan pelbagai perisian komputer bagi menjalankan tugasan harian dan pengurusan operasi projek.

Majlis penyerahan simbolik pembiayaan tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank kepada Dato' Hj. Mohd Faizal bin Hj. Mohd Hashim, Presiden HRSB Holdings Sdn. Bhd.

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700