SME Bank Sandbox
SME Bank Sandbox
BFR_WebBm.jpg
BFR_WebBm.jpg
SME Bank Sandbox Competition 2023
SME Bank Sandbox Competition 2023
SEFS
SEFS
Assets Link
Assets Link
Fraud Awareness
Fraud Awareness
previous arrow
next arrow

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

KUALA LUMPUR, Nov 14 (Bernama) -Eleven Malaysian companies will participate in a virtual export acceleration mission (EAM) to China from Nov 16-17, 2022, organised by the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) in collaboration with the Entrepreneur Development and Cooperatives Ministry (KUSKOP) and SME Bank.

In a statement today, MATRADE said this is a continuation of their support for Malaysian small and medium enterprises (SMEs) to enable them to recover post-COVID pandemic.

Chief executive officer Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz said the strategic collaboration signifies the importance of synergy within the trade ecosystem in strengthening Malaysia’s trade competitiveness as recommended by the National Trade Blueprint (NTBp).

EAM is an alternative platform that can be used by Malaysian companies to penetrate the market, leveraging on the engagements of high-profile and quality market players that are looking for new business opportunities.

MATRADE said it continues to establish and leverage strategic collaborations with various ministries, agencies, foreign embassies and trade industry associations in implementing export-related programmes to create more opportunities for the business communities.

“This is MATRADE’s fourth initiative in 2022 through the strategic collaboration with KUSKOP and SME Bank to assist Malaysian SMEs in export activities and venturing into new target markets, making China as one of the export choice destinations,” the agency said.

As one of the Malaysia’s major export destinations, China offers significant opportunities for business in a wide range of industries.

Malaysia’s trade with China rose by 18.5 per cent to RM360.56 billion in the January-September 2022 period compared to the first nine months of last year.

Exports jumped by 13.4 per cent to RM155.45 billion on account of higher exports of electrical and electronic products, liquefied natural gas as well as metalliferous ores and metal scrap. Imports from China increased by 22.7 per cent to RM205.11 billion.

KUALA LUMPUR, 9 November 2022 – Sembilan buah syarikat Malaysia dalam industri minyak dan gas yang merupakan peserta Business Exports Programme (BEP) SME Bank dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV) telah mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Memandangkan asas ekonomi kita bertambah baik, terdapat keperluan segera untuk PKS tempatan berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai diperingkat global. BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran. Melihat kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk pelaksanaan PPKV.”

Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank yang mengetuai misi ke Abu Dhabi mengulas, “Bagi BEP, matlamatnya adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera bagi tempoh 2020-2025. SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan. Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta didorong oleh penggunaan teknologi.”

Datuk Wira Aria menambah, “Kami yakin matlamat ini boleh dicapai dengan melihat kepada jumlah hasil eksport yang dicatatkan oleh 25 buah syarikat BEP pada 2021. Sebelum menyertai BEP, syarikat-syarikat ini secara kolektif mencatatkan RM29.53 juta jumlah hasil eksport dan selepas menyertai BEP, mereka mencatatkan RM37.36 juta hasil eksport, menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 27%. Selain itu, SME Bank telah meluluskan pembiayaan untuk lapan syarikat BEP bernilai RM86.15 juta yang mana pembiayaan ini digunakan untuk mengembangkan dan membangunkan operasi perniagaan mereka.”

PPKV ialah program untuk membina kapasiti dan keupayaan untuk syarikat vendor yang memberi tumpuan kepada keperluan pasaran serta mengoptimumkan produktiviti syarikat. Sehingga Oktober 2022, 26 permohonan telah diluluskan dengan geran bernilai lebih RM2 juta untuk program pembinaan kapasiti dan pembelian mesin atau menaik taraf sistem.

Program-program ini menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah inisiatif untuk mempelbagaikan eksport negara dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak dan gas. Di samping itu, program ini juga dijangka mencapai Teras 6 Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 iaitu, mengantarabangsakan perusahaan Bumiputera berprestasi tinggi untuk menembusi pasaran eksport.

Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

 

Sembilan buah syarikat Malaysia dalam industri minyak dan gas (O&G) yang merupakan peserta Business Exports Programme (BEP) SME Bank dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV) telah mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira Aria Putera Ismail berkata, terdapat keperluan segera untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai di peringkat global memandangkan asas ekonomi Malaysia kini bertambah baik.

“BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran. Melihat kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk pelaksanaan PPKV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim yang mengetuai misi ke Abu Dhabi mengulas, matlamat BEP adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera antara tahun 2020 hingga 2025.

“SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan.

“Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta didorong oleh penggunaan teknologi,” ujarnya.

Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, KUSKOP dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

-NIAGATIMES

KUALA LUMPUR: SME Bank membawa sembilan syarikat minyak dan gas (O&G) Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, SME Bank yang juga dikenali sebagai Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia berkata, syarikat O&G berkenaan adalah peserta Program Eksport Perniagaan (BEP) dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail, berkata dengan asas ekonomi yang bertambah baik, terdapat keperluan segera bagi PKS untuk berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai di peringkat global.

Beliau berkata, BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran.

Katanya, berdasarkan kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk PPKV.

Misi ke Abu Dhabi diketuai oleh Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Mohammad Hardee Ibrahim yang turut memberitahu bahawa matlamat program eksport adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera bagi tempoh 2020-2025. 

"SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan," katanya.

Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan didorong oleh penggunaan teknologi.

Bank itu berkata, PPKV membantu syarikat membina kapasiti dan keupayaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan pasaran serta mengoptimumkan produktiviti.

Sehingga Oktober 2022, sebanyak 26 permohonan telah diluluskan dengan geran bernilai lebih RM2 juta untuk program pembinaan kapasiti dan pembelian mesin atau menaik taraf sistem.

Misi Pecutan Eksport ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, KUSKOP dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700