BFR Oktober 2022
BFR Oktober 2022
BSC
Assets Link
Fraud Awareness
previous arrow
next arrow

Mikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Kecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

Sederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

KUALA LUMPUR: SME Bank membawa sembilan syarikat minyak dan gas (O&G) Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, SME Bank yang juga dikenali sebagai Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia berkata, syarikat O&G berkenaan adalah peserta Program Eksport Perniagaan (BEP) dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail, berkata dengan asas ekonomi yang bertambah baik, terdapat keperluan segera bagi PKS untuk berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai di peringkat global.

Beliau berkata, BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran.

Katanya, berdasarkan kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk PPKV.

Misi ke Abu Dhabi diketuai oleh Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Mohammad Hardee Ibrahim yang turut memberitahu bahawa matlamat program eksport adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera bagi tempoh 2020-2025. 

"SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan," katanya.

Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan didorong oleh penggunaan teknologi.

Bank itu berkata, PPKV membantu syarikat membina kapasiti dan keupayaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan pasaran serta mengoptimumkan produktiviti.

Sehingga Oktober 2022, sebanyak 26 permohonan telah diluluskan dengan geran bernilai lebih RM2 juta untuk program pembinaan kapasiti dan pembelian mesin atau menaik taraf sistem.

Misi Pecutan Eksport ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, KUSKOP dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

PROGRAM berbentuk pertandingan perniagaanSME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 berjaya mencungkil bakat keusahawanan 20 pasukan finalis daripada Kolej Komuniti dan Politeknik apabila perniagaan yang mereka jalankan mencatat nilai jualan lebih setengah juta ringgit di sepanjang 10 bulan tempoh pertandingan berbanding rekod jualan bernilai RM103,000 yang dicatatkan pada edisi sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Datuk Ahmad sewaktu majlis penyampaian hadiah berkata, “Secara keseluruhannya, sejak program SME Bank 90 Days Biz Challenge dimulakan pada tahun 2015, jumlah nilai jualan yang dicatatkan oleh semua perserta adalah sekitar RM1.43 juta. Ini membuktikan dengan latihan, bimbingan yang bersesuaian serta semangat juang yang tinggi, bidang perniagaan yang diceburi oleh golongan remaja boleh berjaya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank 90-Days Biz Challenge adalah program tanggungjawab korporat utama anjuran SME Bank dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Setakat ini, ia telah memanfaatkan 1,692 pelajar dan rekod kami menunjukkan tujuh syarikat masih aktif dan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan dua tahun yang lalu.”

Untuk menjadikan program ini lebih relevan dan mencerminkan realiti perniagaan masa kini, penekanan diberikan kepada aspek pemasaran digital melalui penghasilan dua video perkembangn perniagaan untuk dimuatnaik ke Facebook dengan tujuan  mendapatkan markah tambahan melalui jumlah ‘Like’ tertinggi. Secara keseluruhannya, video-video tersebut telah mendapat jumlah ‘Like’ sebanyak 52,078 kali dan ditonton oleh orang ramai sebanyak 46,505 kali.

Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank telah dilantik untuk menjadi jurulatih perniagaan bagi program ini. Pendekatan hands-on yang digunakan oleh CEDAR memastikan peserta mengaplikasikan ilmu keusahawanan dan pemasaran digital yang telah dipelajari ke dalam perniagaan mereka. Antara topik keusahawanan yang telah dipelajari oleh para peserta finalis termasuk teknik pembentangan atau pitching, penyediaan laporan perniagaan dan analisis SWOT. 

SME Bank telah menyediakan hadiah wang tunai secara keseluruhannya sebanyak RM45,000 untuk para pemenang. Juara pertandingan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, piala pusingan, trofi dan sijil, manakala Naib Juara sebanyak RM15,000, trofi dan sijil dan Tempat Ketiga berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Pemilihan pemenang telah dibuat oleh panel juri yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan yang terdiri daripada wakil SME Bank, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), SME Corporation Malaysia, TEKUN Nasional, MARA, Bank Rakyat dan usahawan SME Bank. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan aspek pasaran, kewangan, pengurusan dan juga teknikal.  Keputusan pemenang telah diaudit oleh sebuah firma akauntan profesional yang dilantik oleh SME Bank.

Peserta SME Bank 90-Days Biz Challenge juga akan didaftarkan sebagai alumni dan akan mendapat akses kepada pelbagai faedah seperti menyertai program–program keusahawanan serta latihan dan bimbingan yang oleh SME Bank dan juga agensi Kerajaan. Antara program keusahawanan yang telah disertai oleh alumni adalah Minggu Usahawan Nasional anjuran KUSKOP.

Majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Datuk Ahmad, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Roslee Yahya, Wakil Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE), Dr. Shamsuri Abdullah dan Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail.

 

THE SME Bank 90-Days biz challenge 2022 business competition program has successfully unearthed the entrepreneurial skills of 20 finalists from Community Colleges and Polytechnics when they recorded sales value of over half a million ringgit throughout the 10-month competition period compared to the previous edition sales of RM103,000.

“Overall, since the SME Bank 90-Days Biz Challenge program started in 2015, the total sales value recorded by all participants is approximately RM1.43 mil. This proves that with appropriate training, guidance and dedication, businesses ventured by our youths can be successful despite facing various challenges,” said Entrepreneurship and Cooperatives Development (KUSKOP) secretary general Datuk Suriani Datuk Ahmad during the prize presentation ceremony

Meanwhile, SME Bank group president and CEO Datuk Wira Aria Putera Ismail said “SME bank 90-Days biz challenge is a signature corporate responsibility program organised by SME Bank in collaboration with the Department of Polytechnic and Community College Education (JPPKK), Higher Education Ministry (MOHE).

“Thus far, it has benefited 1,692 students and our record shows that seven companies are still active and continue to run their businesses despite the COVID-19 pandemic and movement control orders two years ago.”

To make this program more relevant and reflect today’s business trend, emphasis is placed on the digital marketing aspect through the production of two business development videos. These videos were uploaded on SME Bank’s Facebook with the aim of getting additional marks through the highest number of ‘likes’. In total, the videos have received 52,078 ‘likes’ and viewed 46,505 times.

SME Bank’s subsidiary Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) has been appointed as the business coach for this program.

The hands-on approach used by CEDAR ensures that participants apply the entrepreneurship and digital marketing knowledge that they have learned to their businesses. Among the entrepreneurship topics that were covered by the finalists include presentation or pitching techniques, preparation of business reports and SWOT analysis.

Moreover, SME Bank offers cash prizes totalling RM45,000 for the winners. The champion of the competition takes home a cash prize of RM20,000, a challenge trophy and certificate, while the first runner-up takes home RM15,000, a trophy and certificate and the second runner-up brings home a cash prize of RM10,000 with a trophy and certificate of participation.

The selection of winners was made by a panel of experienced juries in the field of entrepreneurship consisting representatives from SME Bank, Department of Polytechnic and Community College Education (JPPKK), SME Corporation Malaysia, TEKUN Nasional, MARA, Bank Rakyat and SME Bank’s successful client. The winners are evaluated based on marketing, financial, management and technical aspects.

Furthemore, SME Bank 90-Days biz challenge participants will also be registered as alumni and will have access to various benefits such as participating in entrepreneurship programs as well as training provided by SME Bank and other government agencies. Among the entrepreneurship programs that the alumni have participated in is the National Entrepreneur Week organised by KUSKOP.

The prize-giving ceremony was attended by Datuk Suriani, JPPKK senior director of competence Roslee Yahya, MOHE representative Dr Shamsuri Abdullah and Datuk Wira Aria Putera. – Nov 2, 2022

Source: Focus Malaysia Online, 2 Nov 2022

SHAH ALAM, 31 Oktober- Sebanyak 20 pasukan finalis daripada Kolej Komuniti dan Politeknik berjaya mencatat nilai jualan lebih setengah juta ringgit sepanjang 10 bulan melalui pertandingan perniagaan SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 dijalankan. Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Suriani Ahmad berkata, nilai tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan berbanding edisi sebelum ini. "Saya dimaklumkan bahawa 20 finalis Program SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 telah berjaya mencatatkan jumlah jualan lebih RM598,517.08 sepanjang sepuluh bulan tempoh pertandingan. "Secara keseluruhannya, bekas peserta atau alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM834,968.80. "Pencapaian yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa dengan adanya galakan dan sokongan yang tepat, para peserta mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi,"katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Usahawan Muda SME Bank 90-Days Challenge di Shah Alam, Selangor. Tambah beliau, ia menunjukkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memberi impak besar terhadap ekonomi negara selain menyumbang kepada pemantapan ekonomi negara. Program SME Bank 90-Days Biz Challenge mendapat 92 penyertaan melibatkan 368 siswazah dari Kolej Komuniti dan Politeknik.

Source : Berita RTM, 31 Oct 2022

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700