SME Bank menawarkan bantuan bersasar, SME Relief Program PEMULIH (SRP PEMULIH) kepada 4,142 pelanggan untuk pembiayaan bernilai RM5.8 bilion bermula Julai lalu sehingga Disember ini. Fasa dua ditumpukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sektor pelancongan dan pengangkutan awam yang mendapat lanjutan moratorium selama 12 bulan iaitu dari Oktober 2021 sehingga September 2022 dan lanjutan tempoh pembiayaan asal..
Kuala Lumpur: SME Bank agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menawarkan bantuan bersasar SME Relief Program Pemulih (SRP Pemulih) bermula Julai hingga Disember depan kepada 4,142 pelanggan untuk pembiayaan bernilai RM5.8 bilion.
Agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Bank telah menawarkan bantuan bersasar SME Relief Program PEMULIH (SRP PEMULIH) bermula Julai 2021 sehingga Disember 2021 kepada 4,142 orang pelanggan untuk pembiayaan bernilai RM5.8 bilion.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar menzahirkan harapan agar SME Bank dapat memberi pertimbangan dan tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap PKS yang mengalami kesukaran berhubung soal pembayaran balik pinjaman sebelum ini.