previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

LANGKAWI: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyediakan pembiayaan sebanyak RM500 juta bawah Tabung Khas Pelancongan (SFT3) yang disediakan kerajaan menerusi SME Bank.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pembiayaan tersebut bertujuan membantu pengusaha industri terbabit membangunkan atau mengembangkan produk pelancongan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 30 usahawan atau pengusaha yang terbabit dalam industri pelancongan di seluruh negara telah menerima  pembiayaan berjumlah kira-kira RM300 juta.

Katanya, pembiayaan tersebut masih berbaki sebanyak RM200 juta akan diagihkan kepada pemohon yang layak dalam masa terdekat.

“Salah satu penekanan yang diberikan oleh SME Bank ialah untuk membantu sektor pelancongan di mana untuk membantu sektor ini SME Bank menyediakan peruntukkan RM500 juta (di bawah SFT3).

“Dalam RM500 juta ini sekarang ini tinggal baki lebih kurang RM200 juta yang mana RM300 juta kita sudah berikan pembiayaan kepada usahawan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Jom Xcess SME Bank 2021 peringkat Wilayah Utara di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri MEDAC, Muslimin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) MEDAC, Datuk Zamri Salleh dan Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail.

Dalam majlis yang sama, Noh juga menyampaikan surat penyertaan kepada pelanggan di bawah program SME Relief Program (SRP) Pemulih dan Penjana Tourisn Financing (PTF).

Noh memberitahu, para usahawan yang menerima pembiayaan itu turut diberikan subsidi dua peratus di atas kadar faedah yang dikenakan sekaligus mengurangkan jumlah bayaran balik pinjaman mereka.

Tambahnya, beliau juga memberi jaminan SME Bank tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas usahawan atau pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) yang berhadapan masalah untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka.

“Langkah itu sejajar dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar usahawan dan PKS dapat dibantu memulihkan perniagaan mereka,” ujarnya.

Sebelum itu, Noh menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara antara SME Bank dan Biforst Logistic Sdn. Bhd. (Biforst Logistic) untuk bekerjasama membangunkan pakej pembiayaan komprehensif kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pada majlis itu, SME Bank diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aria Putera Ismail manakala Biforst Logistic diwakili oleh Pengarah Urusan, Hamie Appala Nakkiah. -UTUSAN ONLINE 

Source : Utusan Online, 4 Dec 2021

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700