KUALA LUMPUR: 30 April 2019 - Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), hari ini telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Commerce.Asia. Melalui kerjasama ini, SME Bank berhasrat dalam mewujudkan Platform Digital PKS Kebangsaan, terutamanya menyediakan akses pembiayaan kepada usahawan perusahaan mikro dan kecil.

Kerjasama dengan TM akan membolehkan SME Bank mendapat akses kepada infrastruktur serta perkhidmatan digital TM seperti internet berkelajuan tinggi; pusat data dan pengkomputeran awan yang akan membolehkan SME Bank meneroka penyelesaian digital untuk keperluan pembiayaan PKS. Selain menjadi rakan teknologi kepada rangka tindakan ekonomi digital SME Bank, TM juga akan menyumbangkan tenaga kerja pakarnya seperti saintis data dan arkitek program untuk membimbing usahawan PKS dalam transformasi digital mereka. Sebagai usaha menggalakkan adaptasi teknologi digital yang pantas dan tinggi dalam kalangan PKS, TM turut menawarkan pakej komunikasi lengkap bagi membolehkan para usahawan mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi dan membolehkan mereka meneroka pasaran yang lebih besar dan memperoleh peluang yang lebih luas.

Kolaborasi bersama Commerce.Asia pula akan meningkatkan keupayaan Platform Digital PKS Kebangsaan melalui akses kepada lebih 700,000 pengkalan data usahawan PKS di Malaysia di samping akses kepada ekosistem teknologi e-dagang yang lengkap. Ini akan melengkapkan fasa pertama pembinaan Platform Digital PKS Kebangsaan yang mana, Kepintaran Buatan (AI) akan digunakan untuk menganalisis prestasi dan kesediaan PKS serta merangka satu pelan tindakan yang akan dapat menyokong pertumbuhan PKS tersebut..

Dengan ketidakpastian dalam sektor PKS, adalah penting bagi SME Bank untuk memaksimumkan penggunaan sumber dan data digital bagi menghasilkan keputusan yang dinamik dalam memupuk PKS yang kukuh dan berdaya tahan dalam ekosistem PKS.

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Platform Digital PKS Kebangsaan ini merupakan satu usaha SME Bank yang menyeluruh dan merupakan penyelesaian untuk SME Bank menjadi peneraju dalam ekosistem PKS yang berteraskan gelombang Revolusi Industri 4.0. Platform ini akan memberikan kami keupayaan untuk membuat keputusan berasaskan data dan pengurusan portfolio yang lebih baik.”

Beliau menambah, “Kami mahu menjadi peneraju dalam pembangunan PKS tempatan. Dengan Platform Digital PKS Kebangsaan ini, ia akan mengubah cara PKS dibantu dan dibangungkan. Inisiatif ini dijangka akan memacu sumbangan PKS terhadap ekonomi negara. Sebelum ini, pihak Bank juga telah menandatangani perjanjian dengan Orion IXL Berhad yang menyediakan penyelesaian FINTECH dengan membina kerangka kerja skor kredit tradisional dan alternatif untuk para pelanggan SME Bank.”

Mengulas mengenai kerjasama in, Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi, berkata, "TM sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan Platform Digital PKS Kebangsaan ini. Peluang untuk membantu dan membimbing ribuan perusahaan kecil & mikro baru dan akhirnya maju bersama mereka telah lama menjadi aspirasi TM. Seiring dengan sumbangan PKS dalam memacu ekonomi negara, penyelesaian digital kami akan membolehkan para usahawan ini meningkatkan pencapaian dan memangkin pertumbuhan perniagaan mereka. Projek ini sejajar dengan misi kami untuk membantu mempercepatkan transformasi negara untuk menjadi sebuah negara digital."

Unifi kini menawarkan pelan uniz biz dari 10Mbps hingga 30Mbps dan 100Mbps, yang direka untuk memberi lebih nilai kepada PKS dalam membantu para usahawan mengambil langkah pertama dalam perjalanan digital mereka.

Ganesh Kumar Bangah, Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia berkata, "Ekosistem e-dagang Commerce.Asia mempunyai 5,000 penjual aktif yang memproses jualan sebanyak RM400 juta pada tahun lepas. Kerjasama ini akan membantu usahawan yang telah mempunyai pembiayaan memajukan lagi perniagaan mereka di samping menyediakan akses pembiayaan dan teknologi e-dagang kepada 700,000 PKS dalam pangkalan data kami. "

Dengan adanya kerjasama yang kolektif antara SME Bank dengan pemain industri, SME Bank yakin dapat membantu usahawan PKS yang kurang mendapat bantuan dan tidak mendapat bantuan melalui penyediaan pembiayaan yang tepat kepada PKS yang disasarkan. Ia akan membuka peluang yang lebih besar kepada para usahawan serta SME Bank sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk SME Bank membantu mengukuhkan komuniti PKS ini agar mereka dapat mengekalkan perniagaan dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih teguh untuk bersaing di pasaran tempatan dan global.

-Tamat-

OUR OFFERINGS

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
  • MED agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi