SME Bank

Prestasi Kewangan Kukuh Dari SME Bank Bagi Tahun 2017

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2018 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) mencatatkan pertumbuhan  portfolio pembiayaan yang memberangsangkan sebanyak 7.7% atau RM6.5 bilion bagi tahun 2017 jika dibandingkan dengan 6% pertumbuhan yang dicatatkan oleh sektor perbankan. Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Restoran & Hotel, Pembuatan, Pendidikan, Kesihatan dan lain-lain berada di posisi tiga teratas yang menerima bantuan pembiayaan dari SME Bank.

Dipengaruhi oleh pertumbuhan portfolio ini, keuntungan Sebelum Cukai (PBT) SME Bank melonjak naik sebanyak 104.3% menjadi RM114.2 juta  pada tahun 2017 berbanding RM55.9 juta  tahun sebelumnya. Keuntungan bersihnya menokok sebanyak 37.4% menjadi RM74.0 juta dari RM53.9 juta tahun sebelumnya. Strategi SME Bank memastikan pembangungan yang mampan, memberi tumpuan dalam mengukuhkan pengurusan akaun dan pada masa yang sama melaksanakan pengurusan kos yang berkesan telah menyumbang ke arah mencapai prestasi yang memberangsangkan ini. Selain itu, kedudukan pendanaan yang stabil dan kecairan SME Bank yang kukuh juga telah menyumbang kepada prestasi kewangan ini yang seterusnya membantu memastikan kemapanan kewangan Bank.

Sokongan terhadap pembangunan PKS di Malaysia sentiasa menjadi prinsip utama SME Bank dan ini terbukti apabila RM2.2 bilion pembiayaan telah diluluskan kepada usahawan di dalam kategori kecil dan sederhana.

Pada masa yang sama, SME Bank turut memainkan peranan sebagai seorang rakan kongsi yang sentiasa menyokong mereka melalui pelbagai inisiatif yang disediakan seperti Program Intervensi yang menyaksikan 245 syarikat telah berjaya dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi. Ini termasuk  pembangunan syarikat permulaan dan sedia ada yang mencatatkan pertumbuhan keuntungan, peningkatan bilangan pekerja dan pengembangan ke pasaran eksport.

Sejajar dengan objektif ini, anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut melengkapi peranan pembangunan yang dimainkan oleh SME Bank apabila CEDAR berjaya menjalankan 27 sesi latihan keusahawanan yang memanfaatkan seramai 785 orang peserta pada tahun 2017. Sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2013, CEDAR telah melatih  lebih 34,000 peserta dalam pelbagai peringkat program pembangunan keusahawanan.

Program mengenali pelanggan yang diadakan secara bersemuka oleh SME Bank telah diberi nafas baharu dengan menjadikannya lebih terarah dan efektif. Program ini telah diadakan di 14 lokasi di seluruh negara yang melibatkan lebih 3,000 orang peserta. Program mengenali pelanggan ini memberi peluang untuk SME Bank berinteraksi secara lebih mendalam dan memahami keperluan mereka dan memberikan penyelesaian kewangan terbaik buat para usahawan. Program mengenali pelanggan ini diteruskan lagi pada tahun ini dan sehingga kini, sebanyak enam program telah dijalankan di seluruh negara.

Sebagai rujukan bagi bakal-bakal usahawan, SME Bank telah bekerjasama dengan Astro Awani dalam menerbitkan sebuah rancangan TV baharu bertajuk, SUKSES pada tahun 2017. Rancangan TV yang memenangi Anugerah Pembangunan PKS Terbaik 2018 oleh Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) ini merupakan platform untuk wacana intelektual mengenai isu-isu yang berkaitan dengan PKS termasuk pembangunan, cabaran dan pencapaian usahawan PKS. SUKSES musim pertama telah memaparkan kisah 20 orang usahawan berjaya dari pelbagai industri. SUKSES musim kedua akan mula ditayangkan pada bulan Julai 2018 pada jam 8.30 malam di saluran Astro Awani 501.

Sasaran SME Bank untuk mengukuhkan statusnya sebagai sebuah pembiaya dan agen pembangun PKS negara telah berjaya dilaksanakan apabila pihak Bank menerima penarafan Sijil Institusi Kewangan AAA/Stable/P1 oleh RAM Rating Services Berhad pada bulan Ogos 2017. Penarafan ini membuktikan peranan strategik SME Bank dalam agenda sosioekonomi kerajaan bagi membangunkan sektor PKS.

Lain-lain anugerah yang diperoleh SME Bank pada tahun 2017 termasuklah anugerah bagi kategori Pembangunan Perdagangan Terbaik untuk Program Best Exporter, Anugerah Merit untuk kategori Pembangunan Sumber Manusia untuk Projek Pembangunan Kapasiti Pekerja dan Anugerah Khas untuk Laman Web Terbaik. Kesemua anugerah ini telah disampaikan sewaktu Mesyuarat Tahunan ke-40 ADFIAP yang telah diadakan di Macao, China.

Berdasarkan pembangunan pasaran bagi tahun 2018, SME Bank akan memberi tumpuan terhadap menyediakan pembiayaan bagi sektor pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan dan kesihatan serta sektor pembuatan. SME Bank akan terus menawarkan penyelesaian pembiayaan yang inovatif buat PKS di samping pelbagai program pembangunannya demi mencapai sasaran 41% sumbangan PKS terhadap KDNK menjelang tahun 2020.

-Tamat-

OUR OFFERINGS

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
  • MED agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700
customercare@smebank.com.my