CYBERJAYA- Kerajaan menyediakan Geran Padanan Pendigitalan berjumlah RM500 juta selama lima tahun untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendigitalkan proses perniagaan mereka melalui langganan perkhidmatan digital.

Antara proses perniagaan tersebut adalah Sistem Jualan Elektronik (e-POS), Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP), Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM), pemasaran digital dan sistem perakaunan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan membiayai 50 peratus daripada kos langganan dengan jumlah dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk melanggan perkhidmatan yang relevan.

Geran Padanan Pendigitalan itu terbuka kepada 100,000 PKS pertama setiap tahun.

“Bagi menyalurkan geran kepada usahawan-usahawan PKS tersebut, kerajaan telah melantik Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai peneraju utama dalam kerjasama strategik yang disertai oleh SME Bank dan MDEC.

“Setiap agensi ini mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan kemudahan ini dapat dilaksanakan dengan jaya dan mencapai objektif kerajaan untuk mentrasformasikan Malaysia kepada ekonomi digital,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran Geran Padanan Pendigitalan di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengumumkan sejumlah 6.4 juta permohonan e-Tunai Rakyat telah diluluskan dan sebanyak RM192 juta telah dituntut oleh pengguna yang layak setakat 16 Februari 2020.

Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta melalui program e-Tunai Rakyat kepada kira-kira 15 juta rakyat yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun.- MalaysiaGazette

Source : Malaysia Gazette, 17 Feb 2020

17022020MalaysiaGazette

OUR OFFERINGS

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
SME Digitalisation Initiative

SME Digitalisation Initiative

Grant initiative provided for SMEs to adopt Digitalisation in business operations.
Read More[
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700