Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,710 permohonan dengan nilai RM6.04 bilion atau 90.15 peratus telah diluluskan. Bagaimanapun, sebanyak 5,422 permohonan dengan nilai RM622.34 juta atau 9.28 peratus pula telah ditolak atas beberapa justikasi penolakan. Antaranya pendapatan pemohon tidak terjejas, pemohon gagal menyediakan bukti pendapatan terjejas, pembiayaan dalam penjadualan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta pembiayaan tertunggak melebihi 90 hari dan tiada sumber bayaran balik.” - Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Source : Utusan Sarawak, 15 Oct 2020