KUALA LUMPUR, 27 Jun - 1.6 bilion ringgit diperuntukkan SME Bank menerusi inisiatif pembiayaan SME Go. Inisiatif tersebut menyasarkan pemohon dari kelompok Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana, PKS, terbabit dalam sektor pembinaan untuk terlibat di dalam projek pembangunan infrastruktur negara.