KUALA LUMPUR: SME Bank akan memberi tumpuan pembiayaan sektor berimpak tinggi tahun depan, dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan dan untuk menambah baik ekonomi negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Aria Putera Ismail, berkata sektor yang akan menjadi fokus utama kumpulan itu dari segi pembiayaan ialah pelancongan, yang disokong oleh Tahun Melawat Malaysia.

Beliau berkata, sektor lain yang menjadi tumpuan ialah infrastruktur, pembuatan serta pengadaptasian teknologi buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini adalah sektor yang kami percaya akan memberi impak tinggi terhadap ekonomi negara dan menyokong inisiatif kerajaan.

“Namun,ini tidak bermakna kami akan melupakan sektor lain. Untuk sektor lain masih ada, cuma tumpuan akan lebih diberikan kepada sektor berimpak tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas perasmian penutup program Best Exporters Program (BEP) dan majlis pelancaran ODELA di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli.

Program BEP yang mula dilaksanakan pada 2016 sehingga 2018 berjaya mencatat RM141.4 juta hasil eksport membabitkan 73 syarikat.

Program itu adalah hasil kerjasama tiga agensi iaitu SME Bank, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Terdahulu, Mohd Redzuan dalam ucapannya, berkata langkah SME Bank bersama-sama TERAJU dan MATRADE menganjurkan Program BEP ini adalah tepat pada masanya, terutama bagi meningkatkan jumlah sumbangan PKS terhadap eksport negara.

“Sebagai menyokong kelangsungan program BEP pada masa hadapan dan juga memastikan lebih ramai usahawan mendapat manfaat, Kementerian Pembangunan Usahawan akan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta dalam program BEP2.0 mulai tahun 2020," katanya.

Sementara itu, Mohd Redzuan turut menyifatkan platform ODELA mampu membantu hasrat kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi digital negara yang sememangnya akan membuka lebih banyak peluang dan membawa pulangan yang besar.

ODELA ialah platform e-dagang yang ditubuhkan oleh Centre for Entrepeneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank, dengan kerjasama JNJ Group.

BH 3122019

 

 Source : Berita Harian Online, 3 Dec 2019

 

OUR OFFERINGS

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
  • MED agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi