KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Mendorong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pergi lebih jauh dan meningkatkan peranan bank diterajuinya dalam menyediakan bantuan kewangan kepada PKS adalah matlamat utama Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank yang baharu dilantik, Aria Putera Ismail. 

Menurut Aria, tiga tonggak utama dalam menguruskan bank berkenaan adalah sumber insan, produk dan program selain portfolio dan dasar.

“Kami memandang kepada memperbaiki kualiti aset selain bakat yang ada. Bank ini berpijak pada asas pentingnya mendorong PKS di negara ini yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” katanya dalam temubual dengan Bernama.

Aria menekankan bahawa, walaupun Bank berkenaan tidak memberikan sebarang geran kepada usahawan PKS, ia menyediakan pembiayaan untuk PKS dan sokongan bukan dalam bentuk kewangan seperti program pembangunan usahawan dan Kompleks Premis Usahawan.

Source : Bernama, 16 Dec 2018

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
CONTACT US
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700