KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pendekatan mengoptimumkan sumber gabungan beberapa agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan dapat membantu kalangan usahawan tempatan berkembang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, inisiatif usahasama antara Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Pusat Inovasi, Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), membuka peluang latihan dan bimbingan untuk usahawan muda pasti akan memacu potensi mereka meneroka pasaran.

"Bagi memastikan daya saing mereka kukuh, kementerian akan terus bantu mereka berkembang dalam pasaran sama ada tempatan atau ke peringkat antarabangsa melalui khidmat latihan dan bimbingan MaGIC dan Insken.

"Selain dapat mengoptimum sumber, pendekatan interaktif ini jadi kaedah terbaik membina jaringan rakan niaga dan menarik minat kalangan pelabur komersilkan produk hasil ciptaan oleh bakat-bakat muda ini," katanya dalam majis penyampaian hadiah pemenang SME Bank Y-Biz Challenge 2018, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Aria Putra Ismail.

Pertandingan anjuran SME Bank sejak 2012 itu ternyata berjaya melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar yang mengambil bahagian, bertanding menguji minda untuk mencipta serta mengkomersilkan produk.

Setakat ini, sejumlah lebih setengah juta ringgit hasil jualan produk ciptaan pelajar berjaya diraih dan amat berpotensi dikembangkan ke pasaran. - UTUSAN ONLINE

Source : Utusan Online, 12 Nov 2018

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
CONTACT US
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700