KUALA LUMPUR: 28 OKTOBER 2021 – Inisiatif pembangunan PKS kelolaan SME Bank dan TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) yang diadakan secara hybrid pada 28 Oktober 2021. SME Bank meraih dua Anugerah Merit bagi Projek Pembangunan Terbaik untuk Program ISHRAF dan Projek Tanggungjawab Korporat Sosial terbaik bagi Program Penjana [email protected] Bank manakala TEKUN Nasional turut menerima dua Anugerah Projek Pembangunan Cemerlang bagi projek TEKUN Mart dan TEKUN Mobilepreneur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar berkata, “Inisiatif yang dijalankan oleh SME Bank yang melibatkan 240 orang usahawan mikro kategori B40 dan asnaf serta pelaksanaan program oleh TEKUN Nasional yang memanfaatkan 3,202 orang usahawan mikro dengan nilai pembiayaan RM27.2 juta ini ialah manifestasi konsep Keluarga Malaysia yang Kerajaan perjuangkan masa kini. Sesiapa pun tidak boleh ketinggalan dan kita mahu melihat semua golongan usahawan mendapat manfaat daripada pelbagai program dan bantuan yang diberikan semasa kita dalam proses pemulihan ini.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Program Penjana [email protected] Bank dan ISHRAF telah membantu peserta untuk mengukuhkan daya tahan dan mengurangkan tekanan operasi perniagaan akibat daripada penutupan aktiviti ekonomi pada tahun lalu. Penekanan kepada penggunaan kaedah digital untuk mengembangkan perniagaan di kalangan peserta telah memberi nafas baharu kepada mereka untuk meneruskan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan.”

Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional turut berkata, “Pelaksanaan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur merupakan usaha bagi membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang pekerjaan akibat terkesan daripada wabak Covid-19 untuk menjadi Gig worker / rider bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian.  Manakala melalui Program TEKUN Mart, TEKUN Nasional telah menyediakan platform kepada usahawan mikro untuk memasarkan produk mereka di TEKUN Mart,” tambah beliau.

Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-44 pada kali ini bertemakan “Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Peluang Pasca-Pandemik” yang memberi fokus terhadap usaha yang dilakukan oleh IKP bagi membantu PKS untuk terus bertahan selepas pandemik Covid-19 yang melanda dunia. ADFIAP telah menjadi pentas untuk IKP di rantau Asia Pasifik untuk saling bertukar dan berkongsi idea.

ADFIAP ialah sebuah platform untuk pembangunan dan institusi PKS yang terlibat dalam pembiayaan pembangunan lestari di rantau Asia Pasifik. Ia ditubuhkan pada tahun 1976 dan mempunyai 87 buah institusi anggota di 36 buah negara. ADFIAP juga merupakan ahli pengasas Persekutuan Institusi Pembiayaan Pembangunan Dunia yang terdiri daripada persatuan serantau dari Afrika, Asia Pasifik, Amerika Latin dan Timur Tengah dan ADFIAP juga merupakan sebuah NGO dalam status perundingan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
CONTACT US
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700