Usaha Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dalam membangunkan perusahaan kecil sederhana (PKS) diiktiraf apabila menerima Anugerah Agensi Terbaik Pembangunan PKS pada Majlis Malam Gala dan Penganugerahan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021.
Anugerah tersebut telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.