PROGRAM KHAS KEUSAHAWANAN
PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN SISWAZAH (PIUS)
Menyediakan program bersepadu kepada graduan yang ingin menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan membantu Kerajaan menerap minat dan sikap keusahawanan kepada graduan.
4 komponen utama :
- Latihan keusahawanan
- Program Mentor-Mentee
- Program Sangkut
- Kaunselor
Tempoh Program : 3 bulan dan peserta perlu mengemukakan Rancangan Perniagaan di akhir program.
PROGRAM VENDOR
Program ini dilaksanakan dengan menggunakan konsep memadankan (matchmaking) syarikat-syarikat vendor Bumiputera dengan syarikat-syarikat induk/anchor (syarikat-syarikat besar, MNC, GLC dsb.) untuk memberi peluang perniagaan dan perkembangan operasi pengeluaran syarikat.
Pemadanan PKS Bumiputera ini melibatkan kaedah :
- Internal Matching
- Di kalangan pelanggan-pelanggan sedia ada Bank
- Vendor dan induk/anchor di kalangan pelanggan-pelanggan Bank
- External Matching
- Antara pelanggan-pelanggan Bank dengan syarikat-syarikat besar yang telah established (contoh : MNCs dan GLCs)
PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Pengambilan satu industri dalam satu daerah sebagai anak angkat oleh agensi-agensi kerajaan sebagai langkah untuk memajukan dan membangunkan industri luar bandar bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduknya.
SME Bank bertindak sebagai ‘bapa angkat’ kepada usahawan tenunan songket di dalam Daerah Kuala Terengganu.
Objektif program ini :
- Penyediaan kemudahan pembiayaan
- Pembangunan dan penambahbaikan produk
- Pemasaran dan promosi produk
- Bimbingan dan latihan keusahawanan
- Pewujudan vendor
- Produk usahawan sebagai corporate gift SME Bank
PROGRAM MENTOR
- Program berbentuk bimbingan dan motivasi individu.
- Individu/syarikat usahawan yang telah berjaya/kukuh di pasaran membimbing dan menjadi rujukan usahawan/ syarikat baru.
- Aspek-aspek bimbingan adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan operasi syarikat serta etika perniagaan/keusahawanan.
- Kaedah bimbingan adalah melalui rujukan secara terus kepada usahawan (mentor) atau sesi ceramah motivasi berkumpulan.
PROGRAM SANGKUT
- Konsep program adalah proses persediaan dan pendedahan awal kepada usahawan-usahawan (100% Bumiputera) baru (beroperasi kurang dari 3 tahun).
- Pelanggan baru SME Bank akan disangkutkan kepada syarikat mentor (pelanggan sedia ada Bank) untuk tempoh tidak melebihi 1 bulan.
- Pendedahan dan latihan secara praktikal ke atas pengendalian dan pengurusan operasi perniagaan dalam aspek pengurusan/pentadbiran, teknikal, perakaunan/kewangan dan pasaran/pemasaran.
PROGRAM WANITA
Program ini adalah merupakan program khusus yang dipakejkan kepada usahawan-usahawan wanita di dalam sektor pembuatan dan juga sektor perkhidmatan terpilih. Penekanan akan diberikan kepada aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan keusahawanan di samping menawarkan kemudahan pembiayaan kewangan.
Objektif program ini :
- Meningkatkan taraf ekonomi wanita selaras dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
- Menawarkan bantuan pembiayaan kepada usahawan wanita yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan.
- Memperlengkap dan menerapkan ciri-ciri usahawan kepada usahawan-usahawan wanita.
- Menyampaikan maklumat berhubung kemudahan-kemudahan berbentuk kewangan dan bukan kewangan yang ditawarkan oleh SME Bank.
PROGRAM USAHAWAN BATIK & KRAF
Program ini adalah untuk usahawan-usahawan Bumiputera di dalam industri batik dan kraftangan dengan menawarkan kemudahan pembiayaan kewangan dan bukan kewangan.
Objektif program ini :
- Menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada pengusaha-pengusaha batik dan kraftangan Bumiputera.
- Memperlengkap dan menerapkan ciri-ciri usahawan melalui seminar, kursus dan juga bimbingan.
- Menyampaikan maklumat bagi kemudahan-kemudahan berbentuk kewangan dan bukan kewangan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Khas, sila hubungi:
Program Khas Keusahawanan
Aras 12, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
Pegawai untuk dihubungi:
En. Abd. Aziz Abd. Samad: 03-26152177
Cik Akhmar Kamari: 03-26152063
Pn. Tina Syahaizan Arbi: 03-26153889