Young Entrepreneur Fund (YEF)

a4

Pengenalan

Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan dikalangan belia di Malaysia.

Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan serta bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.

Konsep Pembiayaan

  • Kemudahan pembiayaan adalah berkonsepkan Komoditi Murabahah (Tawarruq) atau lain-lain kontrak berasaskan Syariah

Tujuan & Margin Pembiayaan

  • Keperluan Modal Pusingan
Jenis Modal Pusingan
Margin Pembiayaan
Modal Pusingan –Pembelian bahan mentah, stok, kos overhead, ubahsuai, promosi & pengiklanan dan lain-lain
Sehingga 100%

Nota: *’Reimbursement’ adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.

  • Pembelian Aset Perniagaan
Jenis Aset Margin Pembiayaan
Alat-alatan kecil, mesin & peralatan, peralatan pejabat, kenderaan dan lain-lain
  • Baru
Sehingga 100%
  • Terpakai / Dibaikpulih
Sehingga 75%

 

 

 

 

 

 

Nota:

  • Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
  • Reimbursement adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.

 

Had Pembiayaan

YEF

 

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan.

Kadar Keuntungan Efektif

  • 5% setahun (‘Annuity Monthly Rest’)

 

Kelayakan

  • Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan.
  • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran bertauliah sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.
  • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian/ saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma/ syarikat.
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan yang hendak dibiayai.
  • Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank
  • Syarikat/ firma yang baru bermula (‘start-up’) boleh dipertimbangkan.

 

Sekuriti & Cagaran

YEF(Security & Collateral)

 

 

 

 

YEF_tmnbnail
Download Brochure
CEDAR
Download Training Form
CEDAR Brochure
Download CEDAR Brochure