Pengenalan

i-SURF merupakan kemudahan pembiayaan tambahan secara automatik untuk modal kerja bagi pelanggan sedia ada yang mempunyai cagaran hartanah dan/atau Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Sijil Simpanan Tetap dan mempunyai rekod bayaran balik yang memuaskan

Kelebihan

  • Pra kelulusan diberikan kepada pelanggan terpilih (tertakluk kepada amaun pembiayaan dan pihak berkuasa melulus)
  • Amaun pembiayaan sehingga RM3.0 juta
  • Kadar keuntungan yang berdaya saing
  • Tanpa yuran pemprosesan
  • Tanpa cagaran tambahan

 

Ciri-Ciri Utama

Tujuan Pembiayaan

  • Untuk membiayai modal kerja (termasuk yuran guaman, yuran setem dan kos pendaftaran dokumen)

 

Kelayakan

  • Pelanggan sedia ada SME Bank
  • Telah menjelaskan sekurang-kurangnya 30% pembiayaan berjadual sedia ada.
  • Rekod bayaran balik syarikat/firma untuk tempoh 12 bulan terakhir tidak melebihi satu (1) bulan tunggakan
  • Masih kekal di bawah status Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • Mempunyai cagaran sedia ada dalam bentuk hartanah dan/atau Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Sijil Simpanan Tetap
  • Tiada rekod penjadualan / penstrukturan semula sepanjang tempoh pembiayaan
  • Syarikat / firma adalah dalam keadaan mampu bayar

 

Kemudahan

  • Commodity Murabahah Tem Financing-i (CMTF-i) untuk keperluan modal kerja.

 

Had Pembiayaan

  • Jumlah kelulusan asal TOLAK baki pembiayaan sedia ada dan amaun yang belum dibuat pengeluaran; atau maksimum RM3.0 juta, yang mana lebih rendah

 

i-surf
Muat turun brosur