STTF

Usahawan yang dinamik dan berpandangan jauh akan sentiasa menerokai peluang baharu bagi memperkembangkan perniagaan mereka. Penggunaan teknologi yang sudah tentu membolehkan usahawan menaik taraf perniagaan sedia ada bagi mencapai tahap piawaian antarabangsa akan membuka dimensi baharu di dalam usaha memperluaskan perniagaan mereka.

SME Technology Transformation Fund (STTF) telah direka bagi membantu para usahawan untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka berkualiti tinggi demi menembusi pasaran baharu.

Konsep Syariah

Pembiayaan berasaskan Shariah:

  • Commodity Murabahah (Tawarruq)
  • Ijarah Thummal Bai’

Ciri-Ciri Program

STTF - Features

Had Pembiayaan

Maksimum: RM5,000,000

Kelayakan

  1. Memenuhi definisi PKS.
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta 2001 atau Akta Koperasi 1993.
  3. Syarikat yang beroperasi sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun.
  4. Mestilah mengemukakan Laporan Audit Teknologi oleh SIRIM.
  5. Pemohon adalah rakyat Malaysia yang memiliki kepentingan minimum syarikat sebanyak 51%.
  6. Tiada tindakan undang-undang ke atas para Pengarah atau Syarikat.
  7. Syarikat mempunyai dana pemegang saham positif.
STTF
Muat Turun Brosur

 

 pdficon_large Muat Turun Lembaran Maklumat Produk