Pengenalan

SME-Go adalah program pembiayaan yang telah diwujudkan untuk menyokong program Going Export (Go-Ex) di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Ia selaras
dengan inisiatif Kerajaan untuk membimbing dan meningkatkan pertumbuhan eksport PKS Malaysia.

 

Objektif

  • Untuk menyediakan platform pembiayaan bagi PKS yang layak di bawah program Go-Ex
  • Untuk menyokong PKS yang telah memulakan atau ingin memulakan perniagaan dalam industri eksport

Ciri-ciri Program

Fasiliti

  • Pembiayaan adalah berlandaskan konsep syariah
  • Pembiayaan Aset Tetap (Loji / Jentera / Peralatan)
  • Pembiayaan Modal Kerja (Tetap / Berputar)
  • Jaminan Bank

 

Margin Pembiayaan

  • Sehingga maksimum 100%* (Pembiayaan minimum RM250,000)

Kadar Keuntungan

  • Tertakluk kepada “Risk-Based Pricing” Bank

 

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga tempoh maksimum 15 tahun*

 

Kelayakan

  • Pemilikan perniagaan warga Malaysia (>51% pemilikan): Sdn Bhd, Perkongsian dan Milikan Tunggal.
  • Telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari 3 tahun.
  • Terlibat dalam industri yang digalakkan oleh Kerajaan dan sektor-sektor yang dikenalpasti oleh Bank dari masa ke semasa.

 

**Tertakluk kepada terma dan syarat

 

SME GO
Download Brochure