Pengenalan

i-SPLASH adalah skim pembiayaan khas untuk membiayai kontrak pembekalan secara terus (tanpa proses nilai tambah) yang berjangka pendek. Ia adalah skim yang berpatutan dan lengkap yang tidak memerlukan sebarang cagaran. Ia menawarkan pembiayaan modal pusingan dan jaminan bank untuk menyokong kontraktor melaksanakan dan menyempurnakan projek dalam tempoh kontrak yang ditetapkan.

Kelebihan

  • Kombinasi pembiayaan modal pusingan dan jaminan bank
  • Tiada cagaran
  • Kelulusan pembiayaan segera
  • Tanpa Yuran Pemprosesan, hanya 0.10% yuran kemudahan dikenakan
  • Amaun pembiayaan dari RM50,000 hingga RM1.0 juta (termasuk Jaminan Bank Kafalah)
  • Kadar Keuntungan yang kompetitif serendah 1.00% hingga 1.50% sebulan bagi pembiayaan modal kerja dan 0.125% sebulan atau minimum RM100.00 bagi jaminan bank

 

Ciri-ciri Utama

Tujuan Pembiayaan

  • Untuk membiayai kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak-anak syarikatnya.

 

Kelayakan

  • Pemohon mestilah syarikat/ firma berstatus Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dengan rekod kredit yang baik.
  • Memperolehi kontrak pembekalan secara terus (tanpa proses nilai tambah) barangan siap termasuk barangan dan peralatan seperti makanan, pakaian, kenderaan, mesin & peralatan (termasuk pemasangan, pentauliahan, pengujian dan latihan) dan peralatan pejabat.
  • Pemberi kontrak mestilah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak-anak syarikatnya.
  • Kontrak adalah berjangka pendek iaitu tidak lebih daripada 12 bulan.

 

Kemudahan

Jaminan Bank Kafalah Untuk Bon Perlaksanaan seperti yang diperlukan dalam kontrak dan/atau jaminan kepada pembekal.
Bai’ Dayn Untuk keperluan modal kerja (pembiayaan pasca penghantaran).

 

Margin Pembiayaan

Jaminan Bank Kafalah 100% daripada amaun jaminan bank yang diperlukan dalam kontrak dan /atau amaun jaminan kepada pembekal.
Bai’ Dayn Sehingga 80.0% daripada nilai kontrak atau 90.0% daripada kos kontrak sebenar atau invois pembekal, yang mana lebih rendah.

 

Tempoh

Jaminan Bank Kafalah Seperti yang diperlukan oleh pemberi kontrak dan / atau pembekal.
Bai’ Dayn Tempoh pembayaran semula sehingga 180 hari.

 

isplash
Muat turun brosur