Pengenalan

i-REACH adalah skim pembiayaan khas untuk membiayai kontrak pembinaan, sivil, mekanikal, kejuruteraan, landskap dan lain-lain kontrak mudah yang berjangka pendek. Ia adalah skim yang berpatutan dan lengkap serta tidak memerlukan sebarang cagaran. Ia menawarkan pembiayaan modal dan jaminan bank untuk menyokong kontraktor melaksanakan dan menyempurnakan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Kelebihan

  • Kombinasi pembiayaan modal pusingan dan jaminan bank
  • Tiada cagaran
  • Kelulusan pembiayaan segera
  • Tanpa yuran pemprosesan
  • Amaun pembiayaan dari RM50,000 hingga RM1.0 juta (termasuk jaminan bank)
  • Kadar keuntungan yang kompetitif iaitu 1.00% hingga 1.50% sebulan bagi pembiayaan modal kerja dan caj perkhidmatan 0.125% sebulan atau minimum RM100.00 bagi jaminan bank.

Ciri-Ciri Utama

Tujuan Pembiayaan

  • Untuk membiayai kontrak pembinaan, sivil, mekanikal, kejuruteraan, landskap dan lain-lain kontrak mudah yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak syarikatnya

Kelayakan

  • Pemohon mestilah syarikat / firma berstatus perusahaan kecil & sederhana (PKS) dengan rekod kredit yang baik.
  • Memperolehi kontrak pembinaan, sivil, mekanikal, kejuruteraan, lanskap dan lain-lain kontrak yang mudah.
  • Pemberi kontrak mestilah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan anak-anak syarikatnya.
  • Tempoh kontrak tidak lebih daripada 18 bulan.

Kemudahan

Jaminan Bank Kafalah Untuk Bon Pelaksanaan seperti yang diperlukan dalam kontrak
Commodity Murabahah Untuk keperluan modal kerja (pembiayaan pra-perlaksanaan)

Margin Pembiayaan

Jaminan Bank Kafalah 100% daripada amaun jaminan bank yang diperlukan oleh pemberi kontrak
Commodity Murabahah 80.0% daripada nilai kontrak atau 100% daripada kos sebenar yang mana lebih rendah

Tempoh

Jaminan Bank Kafalah Seperti yang diperlukan oleh pemberi kontrak
Commodity Murabahah Tempoh pembayaran balik sehingga 180 hari

pdficon_large  Muat turun brosur