Pengenalan

Program Pembiayaan Untuk PKS di bawah Leaders Entrepreneur Acceleration Program (SME – LEAP) adalah program yang disediakan bagi membantu usahawan di dalam kategori PKS untuk mendapatkan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan.

Ciri-ciri Program

Kemudahan

  • Pembiayaan adalah berlandaskan konsep Syariah
  • Pembiayaan Aset Tetap
  • Pembiayaan Modal Kerja

 

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 100%*

 

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan Minimum RM500,000.00
Pembiayaan Maksimum RM2,500,000

 

Kadar Keuntungan

  • BFR + 1.50% setahun (‘Annuity Monthly Rest’)*

 

Tempoh Pembiayaan

Pembelian aset Sehingga 10 tahun termasuk tempoh pernafasan
Modal kerja Sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan*

 

Kelayakan

  • Perniagaan yang berdaftar dengan SSM / badan pendaftaran bertauliah. (Pemilikan tunggal /perkongsian atau Sdn Bhd).
  • Perniagaan telah beroperasi lebih daripada 2 tahun.
  • Pemohon adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus ‘Leaders Entrepreneurship Acceleration Program (LEAP)’ anjuran SME BANK-CEDAR.

 

*Tertakluk kepada terma-terma & syarat-syarat.

 

SME-Leap Icon
Muat Turun Brosur