Pengenalan

i-EPF merupakan satu pakej pembiayaan untuk pembelian atau pembiayaan semula premis perniagaan yang terletak di kawasan strategik samada yang telah siap ataupun masih dalam pembinaan . Ia menawarkan pembiayaan menyeluruh bagi membolehkan usahawan PKS memiliki premis perniagaan sendiri. Pembiayaan ini turut dipakej bersama modal kerja bagi menyokong operasi perniagaan.

Jenis Kemudahan

  1. Pembiayaan premis / bangunan yang telah siap ataupun masih dalam pembinaan
  2. Pembiayaan modal kerja

Pakej Pembiayaan Yang Menarik

  1. Kadar keuntungan yang kompetitif

Manfaat

  1. Margin pembiayaan sehingga 150% daripada nilai pasaran premis perniagaan
  2. Tempoh pembiayaan lebih lama sehingga 30 tahun dengan tempoh pernafasan sehingga 6 bulan (untuk premis / bangunan yang telah siap) dan 24 hingga 36 bulan (untuk premis / bangunan yang masih dalam pembinaan)
  3. Pembiayaan termasuk Duti Setem, Yuran Guaman, “Mortgage Reducing Term Takaful” (MRTT) dan Kos Penilaian*
  4. Tiada penalti untuk penyelesaian awal (early settlement)*

Kelayakan

  1. Pemilikan Tunggal & Perkongsian
  2. Syarikat Sendirian Berhad dengan status PKS
  3. Individu yang mempunyai perniagaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mana-mana Pusat Enterpris / Pusat perniagaan SME Bank

Rangkaian Cawangan Kami

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

iepf
Muat Turun Brosur