Usahasama dengan TERAJU dalam menyediakan dana khusus untuk syarikat-syarikat Bumiputera dalam kategori Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di bawah program TERAS dan bukan TERAS.

Konsep Pembiayaan

Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah (Cth: Bai’ Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai’, Bai’ Murabahah, Bai’Dayn, Bai’Istisna, Kafalah)

Tujuan & Marjin Pembiayaan

  • Pembelian Aset (Bangunan Kilang / Premis Perniagaan Sahaja) untuk perkembangan perniagaan

Perkara

Had Pembiayaan Maksimum

Bangunan Kilang / Premis Perniagaan

Sehingga 90%

 

  • Modal Kerja, Jaminan Bank, Mesin & Peralatan, Kenderaan & Ubahsuai untuk perkembangan perniagaan

Perkara

Had Pembiayaan Maksimum

Modal Kerja, Jaminan Bank, Mesin & Peralatan, Kenderaan & Ubahsuai

Sehingga 100%

 

Nota : Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan

Had Pembiayaan

Items Jumlah
Bangunan Kilang / Premis Perniagaan Maksima RM10.0 juta / pelanggan.
Modal Kerja, Jaminan Bank, Mesin & Peralatan, Kenderaan & Ubahsuai Maksima RM5.0 juta / pelanggan.

Tempoh Pembiayaan

Perkara

Tempoh

Bangunan Kilang / Premis Perniagaan Sehingga 30 tahun termasuk maksimum 24 bulan tempoh pernafasan (semasa pembinaan)
Modal Kerja, Mesin & Peralatan, Kenderaan & Ubahsuai Sehingga 10 tahun termasuk maksimum 6 bulan tempoh pernafasan. Tempoh pernafasan hanya untuk pembiayaan Mesin & Peralatan serta Kenderaan
Jaminan Bank Berdasarkan keperluan kontrak

Kadar Keuntungan

Perkara

Kadar Keuntungan

Bangunan Kilang / Premis Perniagaan BFR – 0.6% setahun (baki berkurangan secara tahunan) *
Modal Kerja, Mesin & Peralatan, Kenderaan & Ubahsuai Sehingga BFR + 0.5% setahun (baki berkurangan secara tahunan) berdasarkan penarafan risiko kredit *
Jaminan Bank Yuran Tahunan : 1.25%

Nota: (*) Syarikat Bukan-TERAS adalah tertakluk kepada kadar keuntungan sehingga BFR + 2% setahun berdasarkan penarafan risiko kredit

Kelayakan

  • Syarikat-syarikat PKS di bawah Program TERAS
  • Syarikat-Syarikat PKS – Bukan di dalam Program TERAS
    • Minimum mendapat 2 bintang (‘SCORE rating’) oleh SME Corp.
    • Bukan subsidiari GLC/MNC
    • Minimum 60% ekuiti Bumiputera
    • Pengarah Urusan mestilah Bumiputera
    • Pihak pengurusan majoritinya Bumiputera
    • Terlibat dalam sektor-sektor yang dikenalpasti di dalam NKEA dengan fokus kepada industri minyak & gas, Program Pembangunan Vendor dan pembangunan rantaian pembekalan.

Sekuriti & Cagaran

Salah satu atau mana-mana kombinasi berikut :-

  • Jaminan Secara Bersama dan Berasingan
  • Cagaran ke atas harta yang dibiayai
  • Debentur
  • Perjanjian Kemudahan
  • Penyerahan Hak
  • Cagaran Tunai
  • Lain-lain cagaran, jika perlu

pdficon_large Muat Turun Brosur

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Enterpris SME Bank yang berdekatan dengan anda. Sila layari laman web kami untuk maklumat Pusat Enterpris / Pusat Perniagaan kami. Rangkaian cawangan.