1. Apakah yang ditawarkan oleh produk ini?Skim ini adalah untuk membiayai pembelian rumah kedai/ruang perniagaan atau kilang sama ada yang telah siap atau masih dalam pembinaan.
2. Apa yang saya dapat dari produk ini?

Margin Pembiayaan :
Tempoh Pembiayaan : Sehingga 20 tahun dengan tempoh tangguhan (‘grace period’) maksimum 3 tahun (untuk premis yang masih dalam pembinaan sahaja)
Jumlah Pembiayaan : Minimum RM100,000 dan maksimum RM5.0 juta
Kadar Keuntungan : Kadar keuntungan adalah berdasarkan Kadar Pembiayaan Asas (KPA) secara berperingkat (‘tier’) berdasarkan gred risiko seperti berikut:Nota :Kadar keuntungan untuk tahun pertama dan kedua (T1 dan T2) hanya untuk bangunan/premis dalam pembinaan sahaja. Manakala pembiayaan bangunan/premis sekunder (telah siap), kadar keuntungan bermula daripada T3 sebagai tahun pertama pembiayaan.
3. Apakah konsep syariah yang digunakan?

Bai’ Bithaman Ajil : Pembiayaan harta tetap bangunan/premis yang telah siap
Bai’ Istisna : Pembiayaan harta tetap bangunan/premis yang masih dalam pembinaan

 

4. Apakah kewajipan yang perlu saya laksanakan sekiranya saya membeli produk ini?

  • Bayaran ansuran bulanan untuk tempoh pembayaran yang ditetapkan.
  • Jumlah pembayaran balik (jumlah pembiayaan + keuntungan) adalah tanggungjawab pelanggan dan pembayaran adalah tidak melebihi daripada Harga Jualan yang telah dipersetujui terdahulu (mengikut terma Surat Tawaran).
5. Bagaimana jika saya gagal mematuhi kewajipan-kewajipan saya?Pelanggan akan dikenakan caj gantirugi (ta’widh) sebanyak 1% setahun ke atas jumlah ansuran yang tertunggak atau mana-mana kaedah lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Ahli Jawatankuasa Syariah Bank. Sila rujuk kepada kewajipan lain yang telah dinyatakan dalam Surat Tawaran.
6. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu dibayar oleh saya?

Duti Setem : Akta Setem 1949 (Disemak pada 1989). Bayaran ini termasuk dalam pakej pembiayaan seperti mana terma dan syarat.
Yuran Pemprosesan : Yuran pemprosesan hanya dikenakan bagi pembiayaan untuk pembelian atau pembinaan bangunan komersil atau industri yang melebihi RM250,000. Sekiranya pembiayaan dibuat untuk pembelian tanah, tiada yuran pemprosesan dikenakan.
Yuran Guaman : Yuran guaman sebenar seperti yuran yang dikenakan oleh panel guaman yang dilantik oleh Bank. Bayaran ini termasuk dalam pakej pembiayaan seperti mana terma dan syarat.
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) : Hanya dikenakan bagi pemilik tunggal dan perkongsian sahaja
Yuran Penilaian : Kos penilaian sebenar seperti yang dikenakan oleh juru nilai yang dilantik oleh Bank. Bayaran ini termasuk dalam pakej pembiayaan seperti mana terma dan syarat.

 

7. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tarikh matang?Tiada penalti dikenakan untuk penyelesaian penuh pembiayaan sebelum tempoh matang. Walaubagaimanapun, Bank boleh mengenakan caj yang munasabah mengikut Garis Panduan ‘Ibra’ yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
8. Adakah saya memerlukan perlindungan Takaful?Anda perlu mendapatkan perlindungan takaful daripada panel yang dilantik oleh Bank.Bagi  “Mortgage Reducing Term Takaful” MRTT, kos sebenar dimasukkan dalam pakej pembiayaan seperti mana terma dan syarat. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu mendapatkan perlindungan takaful lain yang bersesuaian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
9. Apakah risiko-risiko utama yang dihadapi dalam produk ini?Kegagalan membayar pembiayaan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak Bank.Sekiranya anda mempunyai masalah untuk memenuhi obligasi pembiayaan sila berhubung dan berbincang dengan pihak kami.
10. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?Adalah penting untuk anda memberitahu kami apa-apa perubahan  di dalam maklumat peribadi anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
11. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai produk ini, sila rujuk risalah produk atau boleh terus ke cawangan kami yang berhampiran dan melayari laman sesawang kami di www.smebank.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1800 88 3131.Sebarang aduan berkenaan produk atau perkhidmatan kami, boleh dihantar  ke alamat seperti berikut:Small Medium Enterprise Development Bank Berhad 49572-H (Dahulunya dikenali sebagai Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad)

Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail

P.O.Box 12352

50774 Kuala Lumpur

12. Lain-lain pakej pembiayaan yang disediakan:Bank menyediakan pembiayaan untuk aset, modal kerja, kontrak, i-Cash dan program yang khusus seperti i-SPLASH-i-REACH dan i-SURF.