SME_FC_NST_Malay-Reserve_131224

Pengenalan

Program Pembiayaan Pembangunan Rizab Melayu (MRDF) adalah kemudahan pembiayaan khas untuk pembangunan Tanah Rizab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat dan Kampung Pandan yang dimulakan oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Negara 2014 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta. Kemudahan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup komuniti Bumiputera selari dengan perkembangan pesat kawasan sekitar.

Objektif

  • Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pembangunan Tanah Rizab Melayu di kawasan strategik
  • Membantu membangunkan dan/atau pembangunan semula Tanah Rizab Melayu
  • Merasionalisasikan dan mengoptimumkan penggunaan tanah dalam Kawasan Rizab Melayu (MRA)

Kelayakan

  • Syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai PKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    * PKS sepertimana definisi SME Bank
  • Sektor Bumiputra yang terlibat dalam pembangunan dan/atau pembangunan semula Tanah Rizab Melayu
  • Syarikat dengan kewangan yang berdaya maju dan memenuhi kriteria yang ditetapkan SME Bank

Kategori Pelanggan

  • Syarikat
  • Perkongsian
  • Pemilikan Tunggal

Jenis Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka
  • Pembiayaan Modal Kerja Tetap/Berputar
  • Jaminan Bank
  • Pembiayaan Penyambung

Konsep Pembiayaan

  • Pembiayaan adalah berlandaskan syariah (Bai’ Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Bai’ Istisna, Kafalah, Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i), Commodity Murabahah Revolving Financing-i (CMRF-i) dan Ijarah Muthaniah Bi Tamlik-i (IMBT-i) ).

Tujuan

  • Pembelian aset/ hartanah komersil
  • Pembelian tanah dan membina hartanah komersil dan kediaman (Pembiayaan Penyambung)
  • Pembiayaan semula hartanah komersil
  • Pengubahsuaian/penambahbaikan hartanah yang sedia ada
  • Membiayai kos kewangan sebenar duti setem, bayaran guaman dan penilaian (jika berkenaan)
  • Lain-lain tujuan yang diluluskan SME Bank

Had Pembiayaan

  • Tertakluk kepada Had pelanggan SME Bank

Margin Pembiayaan

  • Tertakluk kepada kemudahan yang diluluskan SME Bank

Tempoh

  • Tertakluk kepada kemudahan yang diluluskan SME Bank

Kadar Keuntungan

  • Kadar keuntungan Tetap/ Berubah/ Rata yang kompetitif

Terma Bayaran

  • Tertakluk kepada aliran Tunai. Contohnya secara bulanan atau suku tahunan

 

 

1MRDF
Muat Turun Brosur