Pengenalan

Dana Pembiayaan Bumiputera (BFF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan di bawah Bajet Nasional 2013 khusus untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera bagi tujuan membiayai pengambilalihan anak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang menjalankan aktiviti bukan teras.

Objektif

Untuk menyediakan pembiayaan kewangan kepada usahawan yang layak dalam urusan pemilikan syarikat-syarikat yang telah dikenalpasti untuk dilupuskan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

 

Kelayakan

  • Syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berstatus PKS*.
  • Memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh SME Bank.

*PKS seperti yang didefinisikan oleh SME Bank

 

Konsep Pembiayaan

  • Pembiayaan adalah berlandaskan konsep Syariah.

 

Tujuan

  • Untuk membiayai pengambilalihan pembelian saham/ekuiti anak syarikat yang akan dilupuskan oleh GLC.

 

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 15 tahun.

 

Kadar Keuntungan

  • Kadar keuntungan yang kompetitif.

 

BFF - Cover
Muat Turun Brosur