Pengenalan

  • Skim Pembiayaan Kontrak adalah pakej pembiayaan berdasarkan konsep produk bundling dari kemudahan pembiayaan yang sudah tersedia di Bank.
  • Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang telah dilantik untuk kontrakdari kementerian, agensi atau jabatan Kerajaan.

Mekanisma Pembiayaan

  • Tujuan kemudahan pinjaman ini adalah untuk membiayai pelaksanaan kontrak sehingga selesai sepenuhnya.
  • Mekanisme pembiayaan berfungsi dengan cara pihak Bank akan membuat pembayaran terus kepada pihak yang memberi kontrak.
  • Pembiayaan ditawarkan berdasarkan kepada pra-pelaksanaan projek atau pasca-siap, ataupun kombinasi keduanya.

Jenis Kontrak

  • Kontrak bekalan / bekalan langsung atau dengan penambahan nilai di dalam bentuk pemasangan, pengujian, pentauliahan, latihan, dan lain-lain.
  • Projek pembinaan dan infrastruktur termasuklah kerja-kerja awam, mekanikal, elektrik dan teknologi informasi & komunikasi.
  • Kontrak perkhidmatan bagi perniagaan yang lain termasuklah penyediaan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

Kriteria Kelayakan

  • Pemohon merupakan Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang dilantik sahaja.
  • Pemohon mestilah berdaftar dengan salah satu badan berikut:
    • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
    • Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
    • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB)
    • Badan-badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan

Konsep Pembiayaan

Pembiayaan pra-pelaksanaan Biasanya mengandungi jaminan yang diberikan seperti yang dipersetujui dan ditetapkan dalam kontrak, serta pembiayaan modal kerja bagi memudahkan penyelesaian kontrak.
Pembiayaan pasca-siap Pembiayaan berdasarkan inbois yang dikeluarkan kepada pihak pemberi kontrak atau tuntutan mengikut status kontrak yang disahkan oleh pemberi kontrak bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

 

Margin Pembiayaan

  • Bank boleh membiayai sehingga 100% daripada kos kontrak.

Had Pembiayaan

  • Had pembiayaan bagi kemudahan yang berasaskan dana (tidak termasuk Jaminan) dikira dari kedudukan defisit tertinggi daripada unjuran aliran tunai kontrak tersebut.

 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Enterpris/Pusat PerniagaanSME Bank yang berdekatan dengan anda.

Rangkaian cawangan.