BASE oPT

Miliki saham-saham syarikat patuh Syariah yang lain untuk memperkembangkan atau mengukuhkan perniagaan anda.

Siapa yang layak untuk memohon?

  • Pemohon mestilah berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“Pemeroleh”) dan;
    • Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan mestilah Bumiputera
    • Majoriti kumpulan pengurusan adalah Bumiputera.
  • Syarikat yang telah beroperasi atau baharu ditubuhkan juga layak memohon.
  • Pemeroleh perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kepakaran, pengalaman atau kakitangan yang berkaitan untuk menguruskan dan / atau mengembangkan perniagaan syarikat yang dibeli selepas pengambilalihan.
  • Pegangan saham di dalam syarikat yang diambil alih selepas pengambilalihan mestilah sekurang-kurangnya 51%.
  • Memenuhi kriteria kelayakan lain yang ditetapkan oleh SME Bank.

 

Jumlah Pembiayaan

Minimum RM2,000,000
Maksimum RM10,000,000

 

  • Pembiayaan sehingga 90% daripada harga pembelian syer / ekuiti yang patuh Syariah.
  • Kemudahan pembiayaan adalah berkonsepkan Komoditi Murabahah (Tawarruq) atau lain-lain kontrak yang berasaskan Syariah.

 

Instrumen pembiayaan dan tempoh pembayaran.

  • Memorandum Gadaian Beserta Deposit terhadap syer biasa pelanggan dan / atau syer biasa yang diperoleh oleh Pemeroleh.
  • Jaminan Secara Bersama & Berasingan oleh Para Pengarah dan daripada Pemegang Saham Perseorangan Pemeroleh.
  • Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama 15 tahun.
  • Kadar keuntungan serendah Kadar Pembiayaan Asas (Base Financing Rate – BFR). BFR adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

 

BASE Screen Image
Muat Turun Brosur