Q1 Apakah produk yang ditawarkan oleh Bank Perusahaan Kecil & Sederhana (SME Bank)?
SME Bank menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk Pembiayaan Perniagaan, Pembiayaan Kontrak dan Skim Pembiayaan Premis Perniagaan.
Q2 Apakah klasifikasi PKS?
PKS diklasifikasikan mengikut Perniagaan Mikro, Perniagaan Kecil dan Perniagaan Sederhana.
Q3 Bagaimanakah cara saya boleh memohon pembiayaan?
Ia bergantung kepada jenis pembiayaan yang dipohon. Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan, anda boleh mengunjungi cawangan kami atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2603 7700 pada waktu perniagaan.
Q4 SME Bank menawarkan kedua-dua kemudahan pembiayaan iaitu yang berasaskan Sha’riah dan yang konvensional. Adakah kadar keuntungan untuk pembiayaan Sha’riah dan kadar faedah pembiayaan konvensional kompetitif antara satu sama lain?
Kadar keuntungan dan kadar faedah adalah kompetitif di antara kedua-dua jenis pembiayaan.
Q5 Projek kami terletak di Melaka. Adakah kami perlu mengemukakan permohonan untuk pembiayaan kepada Ibu Pejabat SME Bank di Kuala Lumpur atau kepada pejabat serantau SME Bank di Melaka agar dapat diproses dengan lebih cepat?
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat serantau untuk diproses. Sekiranya pejabat utama pemohon adalah di Kuala Lumpur manakala projek terletak di negeri lain, maka permohonan boleh dikemukakan kepada Ibu Pejabat SME Bank di Kuala Lumpur.
Q7 Saya mengendalikan perniagaan eksport dan import. Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perniagaan?
SME Bank ialah institusi kewangan pembangunan yang diberi mandat untuk membimbing dan memenuhi keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia. SME Bank tidak membiayai syarikat Malaysia yang mengendalikan perniagaan di luar negara. Walau bagaimanapun, anda boleh merujuk kepada EXIM Bank yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Q8 Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon pinjaman?
Klik disini untuk melihat senarai semak dokumen yang diperlukan.
Q9 Berapa banyakkah cawangan SME Bank?
Pada masa ini, kami mempunyai 38 cawangan yang terletak di setiap negeri di Malaysia. Anda boleh melayari rangkaian cawangan kami di sini
Q10 Apakah waktu perniagaan SME Bank?
Waktu perniagaan kami bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 8.30 pagi hingga 4.45 petang (Jumaat). Bank ditutup pada waktu makan tengahari dari 1.00 tengahari hingga 2.00 petang(Isnin hingga Khamis), 12.30 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat). Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan kami dibuka pada waktu makan tengahari.
Q11 Bagaimanakah caranya saya boleh memberikan maklumbalas mengenai perkhidmatan SME Bank?
Anda boleh memberikan maklum balas melalui saluran berikut :-
Customer Service Contact Centre 03-2603 7700
Email customercare@smebank.com.my
Website http://www.smebank.com.my
Customer Feedback Form SME Bank Enterprise Centre nationwide
Letter SME Bank
Head of Customer Service Management
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur