Definisi Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)
 |
|
TPPA merupakan dana khusus pembiayaan pinjaman kepada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) bagi tujuan pembelian kenderaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Ia meliputi pengusaha individu dan syarikat/koperasi/firma. | | |
|
Objektif Program
 |
| Objektif program ini adalah untuk:- |
 |
Menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif. |
 |
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara. |
 |
Membantu usahawan perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi mengingkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi. | | |
|
Kelayakan Pemohon / Kumpulan Sasaran
 |
|
Dana ini disasarkan khusus untuk pengusaha-pengusaha bas dan teksi. Syarat-syarat pemohon adalah seperti berikut:- |
| |
| Perkara |
Pemohon Individu |
Pemohon Syarikat/ Koperasi/ Firma |
|
Status pemilikan |
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia |
Terbuka kepada semua Syarikat/ Koperasi/ Firma milik rakyat Malaysia. |
|
Pendaftaran perniagaan |
Tiada |
 |
Untuk pemohon Syarikat dan Firma - memiliki pendaftaran sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malasyia. |
 |
Untuk Koperasi - memiliki pendaftaran sah dengan Suruhanjaya Koperasi. | |
|
Lesen dari LPKP |
Memiliki lesen atau Surat Tawaran Kelulusan (STK) dari LPKP atas nama sendiri/ syarikat/ koperasi/ firma. |
|
Projek |
Projek mestilah mempunyai daya maju, boleh berkembang dan berkeupayaan membayar balik kemudahan kewangan yang diberikan dan diusahakan sendiri oleh pemilik lesen atau STK. | | |
| |
|
Pengusaha Kenderaan Pengangkutan Awam Yang Layak Dibiayai
 |
| 1. |
Pengusaha bas dan teksi yang layak memohon pembiayaan dibawah program ini adalah seperti berikut:- |
| |
| Bas |
 |
Bas ekspres |
 |
Bas berhenti-henti |
 |
Bas pengantara |
 |
Bas sekolah |
 |
Bas pekerja |
 |
Bas catar |
 |
Bas mini | |
| Teksi/ kereta sewa |
 |
Teksi |
 |
Kereta sewa |
 |
Teksi mewah |
 |
Teksi lapangan terbang |
 |
Kereta sewa dan pandu | | |
| |
|
| 2. |
Atau apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang ditetapakn di bawah Akta 334 dari masa ke semasa. |
| |
|
| |
Nota: Pengusaha bas persiaran dan kenderaan pandu sendiri tidak layak untuk dibiayai di bawah program ini. | | |
|
Peraturan Dan Syarat Pembiayaan
 |
| 1. |
Terma-terma Umum Pembiayaan | |
| Perkara |
Butir-butir |
|
a. Had Pembiayaan |
 |
Minimum : RM30,000 |
 |
Maksimum : RM10.0 juta | |
|
b. Tempoh Pembiayaan |
 |
Teksi/ Kereta Sewa : Maksimum 5 tahun atau baki tempoh hayat teksi/ kereta sewa, yang mana lebih pendek |
 |
Bas : Maksimum 10 tahun, kecuali untuk bas ekspres 8 tahun atau baki tempoh hayat bas, yang mana lebih pendek. |
| |
|
|
Nota : Tempoh maksimum pembiayaan hendaklah tidak melebihi baki tempoh hayat kenderaan yang telah ditetapkan oleh LPKP untuk mengelakkan kenderaan perlu ditukar sedangkan baki pinjaman masih lagi ada.
Contoh, tempoh hayat untuk teksi tidak melebihi 7 tahun, bas ekspres tidak melebihi 10 tahun dan bas berhenti-henti tidak melebih 15 tahun dan bas sekolah tidak melebihi 20 tahun. | |
|
c. Tujuan Pembiayaan |
|
|
d. Jenis Kemudahan |
| Ditawarkan secara syariah dan konvensional: |
 |
Ijarah dan Ijarah Thummalbai (ITB) |
 |
Bai Bithaman Ajil (BBA)/ Pinjaman berjangka |
 |
Sewa Beli Industri (IHP) |
 |
Sewa Pajak (Leasing) | |
|
e. Kadar Keuntungan |
Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4.0% setahun dikira atas baki tahunan (anuiti). Kadar ini bersamaan dengan 2.5% setahun secara serata untuk tempoh 5 tahun. |
|
f. Margin Pembiayaan |
Sehingga 100% daripada harga kenderaan dan kos pembaikan bergantung kepada jenis instrumen pembiayaan yang ditawarkan dan juga kadar risiko kredit projek. | |
| |
| 2. |
Bayaran Pemerosesan Ke Atas Pembiayaan | | |
| |
|
|
|
Bagi pemohon individu bayaran serata sebanyak RM50 bagi setiap permohonan akan dikenakan. |
|
|
Bagi pemohon syarikat/ firma/ koperasi bayaran 0.15% dari jumlah pinjaman diluluskan atau RM 10,000 akan dikenakan bagi setiap permohonan, yang mana lebih rendah. | |