Bahasa Melayu  English

 
Maklumat Kewangan
Tahun 2007
Tahun 2006
Tahun 2005
Muat Turun
Muat Turun
 
   

Produk Pembiayaan Untuk ‘Start-Up’

Memulakan perniagaan adalah sesuatu yang mencabar. Ia adalah tidak memadai dengan hanya mempunyai idea perniagaan yang baik dan semangat untuk menjadikan ia kenyataan. Juga ianya tidak cukup untuk hanya mampu untuk menghasilkan atau mengeluarkan produk atau idea perkhidmatan. Setelah produk atau perkhidmatan dikeluarkan, adakah terdapat pasaran untuk produk atau perkhidmatan anda dan sebesar manakah pasaran itu? Dan adakah produk atau perkhidmatan anda cukup bagus untuk bersaing dengan pemain sedia ada di pasaran? Dan bolehkah daya saing produk dan perkhidmatan anda dikekalkan kerana pelaburan telah dibuat pada peringkat awal pengeluaran atau ciptaan? Persoalan-persoalan inilah yang perlu dipertimbangkan oleh ‘start-up’ dan usahawan baru pada fasa awal pertumbuhan perniagaan.

SME Start-Up adalah unik di mana ia menawarkan bantuan pembiayaan dan/atau pembangunan perniagaan apabila anda bersedia untuk mengkomersialkan produk atau perkhidmatan anda. Ini bermakna apabila anda mempunyai prototaip dan anda memerlukan bantuan pembiayaan dan/atau pembangunan perniagaan untuk memasuki bidang pengeluaran dan/atau pemasaran, kami boleh membantu anda walaupun anda tidak mempunyai cagaran yang mencukupi atau rekod perniagaan yang diperlukan. Untuk menyokong keusahawanan yang lebih besar di Malaysia, SME Start-Up telah diwujudkan untuk semua perniagaan merentasi klasifikasi PKS dan industri termasuk ICT dan aktiviti yang berteraskan pertanian dan ianya khusus disasarkan kepada perniagaan dengan produk dan perkhidmatan yang mempunyai daya maju pasaran dan sedia untuk dikomersialkan di pasaran tempatan dan/atau antarabangsa.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Profil SME
‘Start-up’ dan perniagaan baru dalam sektor pembuatan dan sektor
perkhidmatan berkaitan pembuatan dan sektor/industri keutamaan pertumbuhan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Kelayakan
Usahawan dan pembekal perkhidmatan bertauliah dan berpengalaman
Produk, perkhidmatan dan prototaip penyelesaian yang berdaya maju dan sedia untuk edaran pasaran tempatan
Usahawan dan pembekal perkhidmatan bertauliah dan berpengalaman
Idea perniagaan dan produk berdaya maju dan telah diedarkan di pasaran tempatan tetapi mempunyai peluang baru untuk pengembangan dan pertumbuhan pasaran, contohnya melalui francais
Usahawan dan pembekal perkhidmatan bertauliah dan berpengalaman
Produk / perkhidmatan berdaya maju dengan peluang baru dalam pasaran tempatan dan antarabangsa

Dana Khas


Sebagai tambahan, kami juga boleh memadankan keperluan perniagaan ‘start-up’ anda dengan dana-dana khas atau program yang sesuai yang disalurkan melalui SME Bank juga melalui rakan kongsi kami. Kriteria yang paling utama ialah daya maju idea perniagaan dan bagaimana idea tersebut dapat dilaksanakan secara efektif dalam bentuk rancangan perniagaan untuk menghasilkan, mengkomersialkan dan memasarkan di pasaran yang dikenal pasti sama ada pasaran tempatan atau antarabangsa. Bergantung kepada skop perniagaan anda, anda mungkin layak untuk produk dan perkhidmatan SME Bank yang lain. Sebagai contoh, anda mungkin layak untuk SME Global walaupun sebagai ‘start-up’ jika anda mempunyai pasaran tersedia di luar negara atau mempunyai ‘pending patent’ atau produk yang dipatenkan untuk edaran global. Pegawai kami akan menawarkan produk-produk kami yang lain kepada anda semasa permohonan dibuat.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Jenis Pembiayaan
Konvensional dan Syariah
Konvensional dan Syariah
Konvensional dan Syariah
Kemudahan
Pinjaman berjangka
Pinjaman berputar
IHP/Sewa pajak
Jaminan Bank / Surat kredit
Pinjaman berjangka
Pinjaman berputar
IHP/Sewa pajak
Jaminan Bank / Surat kredit
Stok pinjaman
Pinjaman berjangka
Pinjaman berputar
IHP/Sewa pajak
Jaminan Bank / Surat kredit
Stok pinjaman
Had Pembiayaan
Sehingga RM500,000 (untuk program khas sahaja)
Sehingga RM5 juta
Sehingga RM10 juta
Kadar Faedah
Kadar yang kompetitif bergantung pada terma dan syarat dana dan penarafan risiko di mana berkaitan
Tempoh
Maksimum sehingga 15 tahun tertakluk pada aset yang dibiayai
Modal kerja sehingga 5 tahun, tertakluk kepada semakan tahunan
Maksimum sehingga 3 tahun tempoh pernafasan
Bentuk Bayaran Balik
Bulanan, Suku tahunan, Secara tetap atau mengikut kontrak
Yuran Pemprosesan
Tiada
0.25% dari jumlah pinjaman diluluskan
0.25% dari jumlah pinjaman diluluskan


Perkhidmatan Sokongan


Anda mungkin mempunyai idea yang boleh dipasarkan untuk perkhidmatan-tetapi anda tidak mempunyai rancangan perniagaan yang baik. Atau anda mungkin tidak mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman untuk menstrukturkan perniagaan perkhidmatan daripada perancangan hingga kepada pengurusan kewangan dan pasaran. Walaupun anda telah merupakan pembekal perkhidmatan di dalam bidang kepakaran anda, anda mungkin memerlukan sokongan pembekal perkhidmatan perniagaan yang lain bagi membantu membangunkan perniagaan anda sama ada melalui pembiayaan ataupun sokongan lanjutan pembangunan perniagaan. Untuk memastikan yang jalan pertumbuhan perniagaan yang anda ambil adalah bertepatan, SME Bank akan menyalurkan anda kepada pakar atau pembekal perkhidmatan yang berkenaan - sekiranya anda memerlukan sebarang pengetahuan atau khidmat nasihat sewaktu permohonan.

Sebagai institusi perkhidmatan kewangan, penyampaian perkhidmatan PKS yang bersepadu memerlukan penyertaan dan komitmen daripada jaringan rakan kongsi dan juga pembekal perkhidmatan seluruh negara. Oleh yang demikian, kami akan mendapatkan sokongan khidmat nasihat dan kemudahan melalui pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membantu anda berkembang dengan pantas daripada penghasilan idea kepada realiti pasaran. Kami berharap agar dengan adanya perkhidmatan kewangan dan pembangunan yang bersepadu ini, SME Bank dan jaringan perkhidmatannya dapat meningkatkan keusahawanan secara menyeluruh melalui kelima-lima kumpulan produk dengan menawarkan kepakaran dan sumber penilaian yang tepat kepada semua PKS Malaysia.

Klasifikasi PKS Mikro Kecil Sederhana
Khidmat Nasihat
Perniagaan
Penilaian Idea Perniagaan
Pengesahan Pakar
Perancangan Perniagaan
Analisis Kewangan
Pengenalpastian Peluang Pasaran
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Kajian semula Prestasi / Pemantauan Pertumbuhan
Pemulihan Perniagaan
Penilaian Rancangan Perniagaan
Pengesahan Pakar
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Analisis Kewangan
Pengenalpastian Peluang Pasaran
Kajian semula Prestasi / Pemantauan Pertumbuhan
Pemulihan Perniagaan
Penilaian Rancangan Perniagaan
Pengesahan Pakar
Kepakaran Industri
Kepakaran Teknikal
Analisis Kewangan
Perlindungan Harta Intelek dan Cap Dagangan
Pengenalpastian Peluang Pasaran
Pensijilan Produk / Perkhidmatan
Reka Bentuk Pembungkusan dan Identiti Visual
Pengurusan Penjenamaan dan Pemasaran
Kajian Semula Prestasi / Pemantauan Pertumbuhan
Pemulihan Perniagaan
Pembangunan
Keusahawanan
Inkubator
Program KKB
‘Matching Grant’ Teknikal
‘Matching Grant’ Latihan
Program KKB
Pemprototaipan dengan rakan strategik
Promosi Bersama
Graduan kepada SME Franchise, SME Procurement dan/atau SME Global
Perkongsian Maklumat
Kajian Industri / Pasaran
Program Bantuan Kerajaan / Bukan Kerajaan
Peluang Pemadanan Perniagaan
Kajian Industri / Pasaran
Program Bantuan Kerajaan / Bukan Kerajaan
Peluang Pemadanan Perniagaan
Kajian Industri / Pasaran
Program Bantuan Kerajaan / Bukan Kerajaan
Peluang Pemadanan Perniagaan

Terma dan syarat adalah tertakluk kepada semakan dan perubahan yang dibuat oleh Bank.


Rakan Strategik


 
   
Carian Arkib Berita